Penduduk kampung dikejutkan dengan bunyi pelik yang bising dari sebuah kandang kambing. Peristiwa yang berlaku di Kampung Suasa, Beaufort di negeri Sabah itu kemudian membongkar penemuan mengejutkan seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter di kandang berkenaan.
Ular sawa itu ditemui sedang berehat kekeyangan dipercayai selepas menelan seekor anak kambing yang didapati hilang.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata mereka dimaklumkan mengenai penemuan ular sawa berkenaan oleh penduduk kampung pada jam kira-kira 12.34 tengah hari.
Sebaik mendapat maklumat, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort segera dikejarkan ke lokasi di kampung tersebut.
Katanya, operasi diketua oleh Penguasa Bomba Kanan Ag Dinin Ag Ajak itu melibatkan kekuatan beberapa anggota serta dua buah jentera.
“Sebaik sampai di lokasi, anggota mendapati terdapat seekor ular sawa sepanjang 3.6 meter di dalam sebuah kandang kambing di kampung berkenaan.
Selepas membuat pemeriksaan, anggota Bomba berjaya menangkap ular sawa tersebut yang dipercayai berada dalam keadaan kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing.
Kredit: Bomba Beaufort