Baru-baru ini tular mengenai seekor ular yang bernilai berjuta ringgit yang terjual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi. Helang yang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon itu dibeli dengan harga mencecah AS$464,400 (RM1.9 juta) dan sekaligus mencatat rekod sebagai burung helang termahal di dunia pada masa sekarang.
Helang merupakan spesies burung pemangsa atau karnivor dan mempunyai sepasang kaki yang kuat dan berkuku tajam bagi membolehkannya untuk mencengkam mangsa. Selain itu, helang mempunyai daya penglihatannya yang tinggi bagi membolehkannya melihat dan mencari mangsanya dari jarak jauh.
Acara lelongan burung spesies yang jarang ditemui itu iaitu Falco rusticolus dianjurkan oleh Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.Acara tersebut disiarkan disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lepas.
Burung helang yang dikenali sebagai Ab Ultra White Gyrfalcon itu berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai berat 980 gram dan tinggi 42 sentimeter.
Difahamkan harga RM1.9 juta burung helang tersebut telah mengatasi rekod sebelumnya iaitu Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga AS$93,347 (RM386,129) pada hari kelapan acara lelongan tersebut.
Menurut Saudi Press Agency, jurucakap Kelab Falcon Saudi, Walid Al-Taweel berkata, acara lelongan itu bermula dengan menghimpunkan penternak-penternak burung dari 14 negara.