Seorang pengguna berkongsikan cara jadikan kipas dingin macam guna aircond. yela tak semua mampu nak pakai aircond kan, tambah pula dengan cuaca panas sekarang ni, memang tak selesa kan. Jom Ketahui Cara Buat Kipas Di Rumah Rasa Sejuk Macam Aircond.
Nak guna pendingin hawa atau aircond bukan semua orang mampu. Kalau mampu sekalipun tak semua orang berkemampuan nak letak di setiap ceruk dalam rumah. Lainlah kipas dalam beberapa puluh ringgit pun boleh dapat.
Hari ini Muz kongsi cara dapatkan udara dingin seperti pasang aircond tapi melalui penggunaan kipas. Nak kata betul-betul sejuk memang tipulah kan. Tapi boleh saja bagi jadi suasana kecil seperti dalam bilik terasa dingin dan nyaman.
Sesuai untuk anak kecil atau bayi tau. Sebab pasang aircond ni actually tak baik untuk kesihatan dan paru-paru. Jadi untuk anak-anak kecil yang antibodi yang masih tak kuat, lemah tu boleh cuba cara mudah ni.
Kredit, FB Persatuan Muafakat Johor. Selamat mencuba!
Bahan asas hanyalah dua botol kosong dan pisau!
Potong bahagian bawah botol, jangan sampai putus, sekadar macam lubang pintu!
Buat lubang pada botol, guna paku yang panas pun mudah!
Guna dawai, ikat botol pada belakang kipas.
Hasil lepas ikat belakang kipas!
Masukkan ketul ais separuh penuh dalam botol.
Kalau ais dah cair boleh keluarkan air.
Buka penutup, keluarkan air. Masukkan ketul ais baru. Sekali masuk ketul ais, tahan lebih kurang 3-4 jam sejuk!
Anda boleh cuba sendiri di rumah, sesuai sangat dengan cuaca dalam negara yang panas lebih-lebih lagi selepas waktu tengahari atau petang.