Cikgu Mengaku MemukuI Murid Tahun 3 Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

Polis mengesahkan murid lelaki Tahun Tiga yang cedera di kiri lengan, jari dan muka dipukuI seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Kedah, di sini, Khamis lalu.sajagempak.com - Cikgu Mengaku PukuI Murid Hingga Berbirat Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata hasil soal siasat suspek mengaku memukuI murid terbabit kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Bagaimanapun, beliau berkata, guru berkenaan mengaku menyesal melakukan perbuatan itu.

“Pihak polis sedang menunggu laporan prestasi guru terbabit sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

sajagempak.com - Cikgu Mengaku PukuI Murid Hingga Berbirat Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

“Bagaimanapun, suspek tidak ditahan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia sembilan tahun cedera di bahagian kiri lengan, jari dan muka, didakwa dipukuI oleh seorang guru menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.

sajagempak.com - Cikgu Mengaku PukuI Murid Hingga Berbirat Kerana Tak Siapkan Kerja SekolahKejadian disedari ibu mangsa berusia 30-an ketika menjemput anaknya pulang dari sebuah sekolah di Kuala Kedah, kira-kira jam 1 tengah hari.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Alor Setar.

Kredit: BH Online

Facebook Comments Box