“Dakwa Motosikal Rosak, Tapi…” – Hati-hati Kalau Terjumpa Pasangan Ini Di Jalan

“Dakwa Motosikal Rosak, Tapi…” – Hati-hati Kalau Terjumpa Dengan Pasangan Emas Ini, rupanya ada undang di sebalik batu.“Dakwa Motosikal Rosak, Tapi…” - Hati-hati Kalau Terjumpa Dengan Pasangan Emas IniSeorang netizen telah berkongsikan pengalaman menerusi laman sosial Facebook menceritakan pengalamannya berdepan pasangan warga emas yang tampak memerlukan bantuan sebelum mengetahui cerita sebenar.

Menurut perkongsian tersebut, dia mengatakan yang dia terserempak dengan pasangan warga emas terbabit berdiri di tepi jalan dengan si isteri sedang memegang tongkat sementara kaki kanannya dibalut.

BERHENTIKAN KENDERAAN SEBAB KESIAN

Kesian dengan keadaan mereka, netizen itu kemudiannya memberhentikan kenderaan untuk menawarkan pertolongan.

“Dakwa Motosikal Rosak, Tapi…” - Hati-hati Kalau Terjumpa Dengan Pasangan Emas Ini

Warga emas itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka tidak berasal dari situ malah telah menunggang motosikal bersama isterinya dari Pulau Pinang sebelum motosikalnya telah dilanggar kereta lain.

Prihatin, netizen tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan untuk tolong hantar pasangan terbabit bersama-sama motosikal mereka.

Bagaimanapun, warga emas terbabit menolak pelawaan itu sebaliknya memberitahu dia memerlukan RM150 untuk menghubungi bantuan lori penunda.

“Dakwa Motosikal Rosak, Tapi…” - Hati-hati Kalau Terjumpa Dengan Pasangan Emas Ini “Dakwa Motosikal Rosak, Tapi…” - Hati-hati Kalau Terjumpa Dengan Pasangan Emas Ini

“Saya memberitahu bahawa saya tiada duit sebanyak itu kemudiannya dia meminta RM20.

“Saya mula berasa was-was apabila saya berulang kali menawarkan untuk menghantar mereka dan motosikal tersebut ke destinasi dituju tetapi dia tetap bertegas meminta RM150 untuk khidmat lori tunda,”katanya.

Selepas itu, dia dimaklumkan oleh orang lain yang lalu lalang disitu bahawa pasangan warga emas terbabit sering berlegar dikawasan sekitar dan menceritakan kisah sama bagi mendapatkan wang.

Posting Yang Menjadi Tular Di Laman Facebook:

昨天在Seri kembangan Equine park的Aeon要出Max highway看到这两夫妇在马路旁招手 我就看到他们的motor烂了 身上也包着纱布之类应该是受伤了好心下车去帮忙 我问他什么事…

Dikirim oleh 新闻爆爆爆快讯 pada Jumat, 20 September 2019

Menurut laporan World of Buzz, pasangan warga emas terbabit turut kelihatan di Hospital Serdang dan Sungai Besi dan menggunakan modus operandi sama.

p/s: Berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan mana-mana orang yang kelihatan dalam ‘kesusahan’. Tidak dinafikan memang ada yang betul-betul susuah tapi tak kurang juga yang berniat untuk mempergunakan emosi kita demi kepentingan mereka.

SUMBER: World Of Buzz

Facebook Comments Box