Seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Kaman mengalami satu detik cemas yang mendebarkan apabila mendapati ada darah menitik keluar di bahagian depan keretanya. Susulan itu, terbongkar rupa-rupanya ada luar sepanjang 3.6 meter memasuki enjin kereta tanpa pengetahuannya selama ini.
Jelas gadis ini, ketika pulang dari kerja dia mengambil keputusan untuk berhenti bagi mengisi angin tayar keretanya. Namun, dia terkejut apabila terdapat darah yang menitik di bahagian depan keretanya.
Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan dia berasa cemas kerana di bahagian depan sama sekali tiada kesan langgar.
Bagaimanapun, dia ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan dan hanya menunggu bantuan sampai bagi mengenal pasti darah yang menitik di tempat tersebut.
Bantuan Sampai:
‘Ular sebesar lengan lelaki’
Bila disiasat rupa-rupanya darah yang menitik tersebut angkara seekor ular yang ‘tersepit’ di bahagian enjin keretanya. Ujar gadis ini lagi, dia dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya digelar sebagai Minions.
Bahkan, jika dilihat menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat saiz ular yang besar itu.
Tidak berakhir di situ, proses untuk mengeluarkan ular tersebut juga agak rumit dan kawan-kawannya perlu membuka bateri keretanya bagi mengeluarkan ular tersebut.
Ular berjaya dikeluarkan
Apa yang lebih mengejutkan, apabila ular tersebut telah berjaya ‘sampai’ ke bahagian dashboard dan gadis ini terpaksa ke bengkel bagi memeriksa semula bahagian depan keretanya.
Bagaimanapun, dengan bantuan rakan-rakannya itu, bangkai ular itu berjaya dikeluarkan oleh rakan-rakannya.
Di penghujung thread, gadis tersebut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakannya yang sanggup membantunya daripada mula hingga ke akhir sehinggakan mereka tidak sempat lagi untuk makan.
VIDEO:
WELP. ??? pic.twitter.com/0NvAxfrJhU
— AdilaKaman (@adilakaman) April 1, 2021
Dah la susah susah keluarkan, now tolong basuhkan kereta lagi. Pastu kena pasang balik semua yang depa bukak tadi. pic.twitter.com/0aV2vgvzmV
— AdilaKaman (@adilakaman) April 1, 2021
Sumber: Adila Kaman