Seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Fazki@abamkhai berkongsikan kisahnya apabila terserempak dengan seorang rider grabfood sedang mencari rezeki dalam cuaca yang panas terik. Pada dasarnya, tiada apa yang pelik pun jika orang cari rezeki sebagai penghantar makanan namun berbeza engan kisah yang dikongsikan lelaki ini.
Hal ini kerana Khairul ternampak kaki kecil terjuntai dan barulah dia sedar bahawa rider tersebut sedang menggendong anak kecil sambil menjalankan tugasnya.
“Masa tu saya naik motor. Dari jauh nampak dia dan kelihatan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi saya potong motor dia untuk melihat lebih dekat.
“Saya dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang handle motor, sebelah tangan lagi menutup kepala seorang anak kecil daripada terkena panas matahari.
“Waktu tu dalam pukul 1.30 tengah hari. Saya panggil ke tepi untuk temuramah sebentar. Jadi saya turut buat video, dan kongsi ke TikTok untuk tunjukkan kehebatan seorang bapa.
“Saya cuma hendak sampaikan mesej tidak semua orang boleh buat macam dia. Saya kongsikan video itu sebagai motivasi,” kata Khairul.
Merasa kesian dan prihatin terhadap rider itu, Khairul pun menyapa dan bertanyakan keadaaannya, serta menanya apa yang membuatkan rider itu terpaksa membawa anak kecilnya untuk bekerja, apatah lagi dalam cuaca yang panas terik.
Dari mulut rider yang dikenali sebagai Amirul itu, barulah diketahui bahawa sudah 9 bulan dia menggendong anaknya sambil bekerja selepas isternya mula bekerja. Katanya lagi dia mempunyai tiga orang anak dan sekarang menetap di Jinjang, Kuala Lumpur.
“Isteri keluar pukul sembilan, lepas tu saya mula bekerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tidak hujan lambat sikit la,” jelas Amirul.
Dia juga memberitahu anak kecilnya itu diberi nasi ketika dia bekerja dan hanya minum susu ketika berada di rumah.
“Kalau dekat rumah sahaja minum susu. Isteri baru bekerja. Dulu dia tidak kerja. Dekat sebulan sudah bawa anak bekerja. Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” ujarnya lagi.
Perkongsian Khairul Fazki@abamkhai itu telah mencuri perhatiannetizen yang rata-rata terharu dan bersimpati dengan rider tersebut. Mereka juga kagum dengan kegigihannya yang bekerja tanpa putus asa demi mencari rezeki buat anak sekeluarga. Tak kurang juga ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankanbeban keluarga riderr tersebut.
Seorang netizen pula melontarkan komen berbunyi jika orang lain sanggup bersusah payah mencari rezeki, kenapa kita tidak mahu berusaha lebih sedikit. Tidak ada alasan untuk kita tidak berusaha untuk mencari rezeki dan memajukan diri dalam hidup kita.
Kredit: Khairul Fazki@abamkhai