Demi Buat ‘Content’, Lelaki Ikat Teman Wanita Atas Kereta Dan Memandu Keliling Bandar

Pada masa sekarang, semakin banyak aplikasi-aplikasi sosial yang boleh digunakan untuk kita dan memberi peluang kepada sesetengah orang untuk menjadi popular pada waktu yang singkat. Tidak salah jika mahu mendapatkan ramai pengikut, tetapi biarlah dengan cara yang elok dan bukan dengan membuat ‘content’ yang bodoh dan tidak bermanfaat.Demi Buat ‘Content’, Lelaki Ikat Teman Wanita Atas Kereta Dan Memandu Keliling Bandar

Seorang influencer Russia yang memiliki 5 juta pengikut di Instagram dan dikenali sebagai Sergey Kosenko menjadi bualan selepas melakukan sesuatu yang tidak diterima orang ramai. Hal ini kerana Sergey Kosenko dan teman wanitanya melakukan sesuatu yang berbahaya dan ekstrem hingga menakutkan orang ramai.

Sergey mengikat teman wanitanya diatas sebuah kereta Bentley, dan kemudian dia pun memandu kereta itu di jalan sekitar Moskow sambil membuat rakaman video. Demi Buat ‘Content’, Lelaki Ikat Teman Wanita Atas Kereta Dan Memandu Keliling Bandar

Sudah pasti tindakan tersebut sangat berbahaya terutama kepada teman wanitanya yang diikat di atas bumbung kereta.

Sebaik sahaja video tersebut dimuatnaik dan menjadi tular di media sosial, orang ramai yang menonton video tersebut berasa terkejut dan geram.

Demi Buat ‘Content’, Lelaki Ikat Teman Wanita Atas Kereta Dan Memandu Keliling Bandar

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengecam tindakan Sergey Kosenko dan teman wanitanya yang sengaja membuat ‘content’ dengan cara bodoh dan berbahaya.

Lagi buat geram apabila Sergey dengan selamba mengatakan dia terlah membuat aksi itu sebanyak 20 kali.

Demi Buat ‘Content’, Lelaki Ikat Teman Wanita Atas Kereta Dan Memandu Keliling Bandar
Tindakan mereka jadi perhatian orang awam

Seorang lain netizen meluahkan kebimbangan aksi mereka itu bakal ditiru oleh orang lain yang menonton video tersebut, lebih-lebih lagi Sergey Kosenko mempunyai pengikut yang berjuta di akaun media sosialnya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sergey Kosenko (@sergey_kosenko)

Susulan daripada itu, Sergey Kosenko kemudiannya dicari dan didenda oleh pihak berkuasa sebanyak 750 Ruble atau RM43. Ya, memang RM43 sahaja! Kereta Bentley yang dipandu oleh Sergey juga didapati bukan miliknya dan mempunyai 68 denda saman yang masih belum dibayar.

Facebook Comments Box