Dengar Bunyi Aneh Keluar Dari Aircond Rumah, Lelaki Terkejut Melihat Ular Bersarang Di Dalamnya!

Seorang lelaki merasa pelik apabila mendengar bunyi yang pelik dalam rumahnya. Selepas mencari-cari dimana puncanya, dia sedar bunyi yang pelik itu datang daripada aircond yang dipasang di rumahnya.Dengar Bunyi Aneh Keluar Dari Aircond Rumah, Lelaki Terkejut Melihat Ular Bersarang Di Dalamnya! - sajagempak.com Kerisauan seorang lelaki ini terhadap bunyi pelik pada pendingin hawanya akhirnya terjawab apabila dia mendapati ada ular di dalamnya.

Terdahulu, lelaki dari Thailand itu berasa hairan dengan bunyi pelik yang datang dari pendingin hawanya lalu mengambil keputusan untuk memeriksanya.

Sebaik saja dibuka, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada beberapa ekor ular menghuni di dalam mesin tersebut.Dengar Bunyi Aneh Keluar Dari Aircond Rumah, Lelaki Terkejut Melihat Ular Bersarang Di Dalamnya! - sajagempak.com

Lelaki itu berjaya menangkap lima ekor ular tersebut dan mengeluarkannya dari mesin pendingin hawa.

Menurut lelaki itu, dia sendiri hairan bagaimana ular-ular itu dapat masuk ke dalam alat elektronik tersebut.

Tambahnya, dia tidak mengetahui jenis-jenis ular itu namun menurut laporan media, ular-ular itu tidak berbahaya dan tidak berbisa serta kerap masuk ke rumah untuk memburu cicak.Dengar Bunyi Aneh Keluar Dari Aircond Rumah, Lelaki Terkejut Melihat Ular Bersarang Di Dalamnya! - sajagempak.com

Lepas ni kalau rumah korang ada aircond, rajin-rajinkan la untuk check selalu ya!

Sumber: World of Buzz

Facebook Comments Box