Detik Cemas Lelaki Ditarik Orang Utan Dan Kakinya Digenggam Kuat

Baru-baru ini tular satu video yang mendebarkan mengenai seorang lelaki yang berdepan dengan detik cemas apabila kakinya ditarik oleh seekor orang utan.Detik Cemas Lelaki Ditarik Orang Utan Dan Kakinya Digenggam Kuat - sajagempak.com

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah zoo yang terletak di Riau, Indonesia yang dikenali sebagai Kebun Binatang Kasang Kulim.

Ketika itu, pengunjung lelaki yang dikenali sebagai Hasan Arifin itu sedang berada berhampiran dengan jerigi besi yang menempatkan orang utan itu sebelum tiba-tiba sahaja bajunya kena tarik oleh tangan orang utan berkenaan.

Detik Cemas Lelaki Ditarik Orang Utan Dan Kakinya Digenggam Kuat - sajagempak.com
Mula-mula baju kena tarik

Dalam keadaan cemas itu, kawannya bertindak pantas dan cuba menolong lelaki berkenaan, namun kemudian orang utan itu bertindak menarik kaki lelaki itu dan dipegangnya erat.

Detik Cemas Lelaki Ditarik Orang Utan Dan Kakinya Digenggam Kuat - sajagempak.com
Rakan cuba membantu

“Kakiku, kakiku ditarik. Tolong!” jeritnya.

Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan akhirnya berjaya melepaskan diri selepas dibantu oleh para pengunjung.

Detik Cemas Lelaki Ditarik Orang Utan Dan Kakinya Digenggam Kuat - sajagempak.com
Kaki pula kena tarik

Menurut pihak zoo, kejadian tersebut berlaku ketika petugas sedang makan. Selepas diselidik, rupanya pengunjung lelaki berkenaan telah melanggar peraturan di situ apabila sengaja melompat melepasi pagar pengadang demi mengambil video orang utan tanpa izin petugas.

VIDEO:

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada video ini adalah supaya dimana jua kita berada ketika melawat atau mengujungi sesuatu tempat, seeloknya iikutlah peraturan yang ditetapkan agar tiada maslaah yang timbul.

Facebook Comments Box