Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’

Seperti yang kita sedia maklum, secara amnya lebih 70 peratus daripada permukaan Bumi adalah terdiri daripada lautan dan selebihnya adalah daratan yang juga terletak tempat tinggalnya manusia. Kita mungkin tahu atau biasa dengan banyak spesis hidupan yang berada di daratan tetapi untuk hidupan di laut pula sebaliknya, sebab banyak spesis hidupan yang tidak kita kenali dan tidak biasa lihat.Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’ - sajagempak.com

Baru-baru ini, tular perkongsian video oleh seorang pembuat filem Australia yang dikenali sebagai Brodie Moss yang merakam satu ular laut yang menuju kearahnya papan dayungnya.

Dalam perkongsian videonya, ular yang dianggarkan sepanjang 2 meter tersebut kelihatan berenang menuju kearahnya dari jauh dan berhenti apabila sampai di papan dayungnya.Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’ - sajagempak.com

Lagi menarik apabila ular tersebut seolah-olah mahu menyapa dan memberi salam kepada mereka dan sempat meletakkan kepalanya sekejap atau papan dayung tersebut sebelum kembali berenang ke tempat lain.Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’ - sajagempak.com

Ular laut itu sempat letakkan kepala atas papan dayung.

Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’ - sajagempak.com

Bagi ular laut yang berada di Lautan Hindi dan Pasifik, ular ini akan naik ke permukaan air untuk bernafas. 

Berdasarkan portal Live Science, ular laut jantan mempunyai penglihatan mata yang kurang jelas dan menyebabkan mereka kadang-kadang keliru dengan menganggap manusia sebagai ular betina.Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’ - sajagempak.com

Ular itu beredar sebaik sahaja ‘singgah’ di papan dayung lelaki berkenaan.Didatangi Ular Laut Berenang Dari Jauh Menghampiri Dan Sempat Singgahkan Kepala Seakan Memberi ‘Salam’ - sajagempak.com

Ular laut pada kebiasaannya jarang mahu mendekati manusia dan kejadian tersebut merupakan sesuatu yang aneh dan juga agak unik kerana ular tersebut kelihatan langsung tidak takut dengan kehadiran manusia.

VIDEO:

Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut meluahkan rasa kagum mereka dan memuji perakam video yang berjaya merakam video menakjubkan itu.

Facebook Comments Box