Dihidang Telur Dadar ‘Lipas’, Pelanggan Bengang Waiter Hanya Tergelak, Pemilik Pula Bagi RM10 Diskaun

Dihidang Telur Dadar ‘Lipas’, Pelanggan Bengang Waiter Hanya Tergelak, Owner Pula Bagi RM10 Diskaun.sajagempak.com - Dihidang Telur Dadar ‘Lipas’, Pelanggan Bengang Waiter Hanya Tergelak, Owner Pula Bagi RM10 Diskaun

SIAPA saja yang tidak terkejut kalau terjumpa ‘bendasing’ dalam makanan? Apatah lagi ‘bendasing’ yang dijumpai itu merupakan seekor serangga dalam saiz yang boleh tahan besarnya.

Boleh naik perasaan geli geleman dan automatik makanan yang ditelan terasa ingin dimuntahkan semula.

Itulah yang terjadi kepada wanita ini saat terjumpa seekor lipas dam salah satu hidangan yang dipesannya!

Berkongsi cerita dengan mStar, pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Bunga ini berkata insiden itu berlaku ketika dia menikmati makan malam bersama keluarga di sebuah restoran yang terletak berdekatan dengan rumahnya di Kuantan, Pahang.

“Saya dari Kuala Lumpur… kebanyakan kedai makan penuh dan kedai ini saja tak ramai pelanggan. Ketika itu pukul 10 malam. Jadi saya singgah sebelum sampai rumah.

“Saya pesan nasi bersama telur dadar, sup daging, ayam paprik dan minuman. Lebih kurang sejam menunggu, kemudian baru pesanan makanan sampai.

sajagempak.com - Dihidang Telur Dadar ‘Lipas’, Pelanggan Bengang Waiter Hanya Tergelak, Owner Pula Bagi RM10 Diskaun

Bunga memuat naik gambar telur dadar ‘lipas’ yang dipesannya dari restoran berkenaan di Twitter.

“Mula-mula memang saya tak perasan langsung. Makanan sampai terus kami makan. Saya nampak macam hitam tapi fikir itu bahagian yang garing. Tapi rupa-rupanya bukan, itu lipas. Terus panggil waiter,” kata wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Bunga, selepas membuat aduan, dia sama sekali tidak menyangka respon yang diberikan oleh pihak restoran berkenaan.

“Budak waiter tu hanya gelakkan saya dan gantikan dengan telur, sudu dan garfu yang baharu. Bila tanya macam mana boleh ada lipas, dia cakap tak tahu.

Untuk peniaga tu, saya nak minta maaf jika apa yang saya post ni gugat bisnes dia tapi kalau boleh lepas ni tolong jaga kebersihan.

“Saya minta nak jumpa owner tapi katanya hanya anak owner saja ada. Saya tanya sekali lagi, nak kena bayar juga ke? Anak owner masuk ke dalam dan keluar semula, kemudian beritahu jumlah perlu dibayar RM20.

“Bila persoalkan semula, anak owner tu kata dah diskaun RM10 daripada jumlah asal, RM30. Atas dasar kemanusiaan, saya bayar atas apa yang saya usik (makan). Sebab makanan yang lain okay, cuma telur tu ada lipas,” ceritanya.

sajagempak.com - Dihidang Telur Dadar ‘Lipas’, Pelanggan Bengang Waiter Hanya Tergelak, Owner Pula Bagi RM10 Diskaun

Antara komen netizen yang turut meluahkan rasa jijik dengan situasi yang dialami Bunga.

Cerita Bunga, perkongsiannya di laman Twitter bukan untuk membuka aib atau menutup periuk nasi sesiapa, cuma rasa terpanggil untuk menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan.

“Tolong jaga kebersihan, dan juga jaga adab dengan pelanggan. Langsung tak ada rasa bersalah dan buat macam tak ada apa-apa lepas beritahu bil tu.

“Pelanggan kalau dah lama tunggu, dapat makanan memang terus makan. Nak cari kedai lain pun ambil masa lagi. Untuk para peniaga kalau boleh tolong jaga kebersihan sebab itu paling penting,” katanya.

Bukan mahu mengaibkan sesiapa, Bunga berkata perkongsiannya sekadar mahu memberi iktibar agar pengusaha kedai makan lebih menitikberatkan soal kebersihan. Gambar hiasan.

Mengakui kejadian itu adalah pengalaman pertamanya berdepan dengan insiden menjijkkan, Bunga berkata dirinya masih berasa fobia sehingga kini.

“Saya sampai hari ni tengok daging kicap atau makanan berwarna hitam, pasti terbayang. Ada la rasa macam fobia sikit sebab terkejut gila. Saya tak boleh terima seekor lipas ada dalam telur. Bentuknya elok lagi.

“Untuk peniaga tu, saya nak minta maaf jika apa yang saya post ni gugat bisnes dia tapi kalau boleh lepas ni tolong jaga kebersihan,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Facebook Comments Box