Jiran menuduh anaknya yang berusia 7 tahun mencuri, si bapa memberikan hukuman yang sangat NGERl kepada anaknya!
Kejadian mengerikan itu berlaku di Qalyubia, Mesir. Seorang bapa bertindak kejam bagaikan tiada perasaan kasihan terhadap anak kandung sendiri selepas anaknya dituduh mencuri.
Berdasarkan laporan Daily Mail, si bapa yang berusia 34 tahun berkenaan mengikat anak lelakinya ke batang kayu dengan tangan terikat di belakang dan melumurkan tubuhnya dengan madu. Tidak cukup dengan itu, budak malang itu juga diletakkan oleh bapanya di atas bumbung rumah mereka di Shebin Al-Qanater Center.
Badan budak tersebut yang dipenuhi madu telah menarik perhatian semut, lebah dan nyamuk menuju kearahnya.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan berapa lama kanak-kanak itu ditinggalkan di bumbung rumah mereka.
Ibunya, 29, khuatir keselamatan anak lelakinya segera mencari bantuan dari badan penyelamat setempat.
Dia juga memberitahu pihak berkuasa mengenai insiden mengerikan di rumahnya. Pihak berkuasa akhirnya berjaya menemui kanak-kanak malang itu dalam keadaan yang amat menyedihkan.
Wnita ini kemudian melarikan diri bersama anak lelakinya ke kampung lain. Wanita itu mendakwa suaminya sering menyeksa secara fizikal anak lelaki mereka. Dia memberi hukuman kej4m termasuk melarang makan atau minum untuk jangka waktu yang lama.
Pihak polis kemudian berjaya mencari dan menahan si bapa yang bekerja sebagai pemandu tuk-tuk atas pertuduhan mendera anaknya sendiri.
Kredit: Daily Mail