Disangka Bunga Cantik, Tapi Sebenarnya Spesies Pemangsa Serangga Yang Digeruni

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Adrian Kozakiewicz di laman instagramnya mengenai satu benda berbentuk bunga yang sangat cantik.Disangka Bunga Cantik, Tapi Sebenarnya Spesies Pemangsa Serangga Yang Digeruni- sajagempak.com

Namun kemudiannya ramai terkejut apabila mengetahui bahawa benda itu bunkannya sejenis bunga atau tumbuh-tumbuhan tetapi merupakan spesies serangga.

Pemilik video tersebut, Adrian Kozakiewicz memaklumkan bahawa serangga yang mempunyai bentuk dan warna seperti bunga itu merupakan satu spesies serangga yang dikenali sebagai Orkid Mantis.

Meskipun perkataan Orkid sinonim dengan bunga tetapi Orkid Mantis merupakan satu spesies serangga.

Dalam video yang dikongsikannya, Adrian Kozakiewicz telah menunjukkan tiga ekor Orkid Mantis di tapak tangan seseorang dan ramai yang tidak menyangka ia adalah serangga.Disangka Bunga Cantik, Tapi Sebenarnya Spesies Pemangsa Serangga Yang Digeruni- sajagempak.com

Rata-rata netizen terkejut melihat serangga itu betul-betul bergerak dan hidup kerana pada mulanya mereka sangat yakin ianya sejenis bunga. Selain itu mereka juga memuji serangga itu kelihatan sangat cantik.

Serangga Orkid Mantis ini meskipun kelihatan cantik tetapi ianya adalah pemangsa yang sangat menggerunkan buat serangga-serangga lain kerana menjadikan mereka sebagai makanannya.

Orkid Mantis menghasilkan lebah madu untuk memikat mangsa kegemaran mereka dan bentuknya yang seakan bunga memudahkan ia menarik perhatian serangga lain.

Walaupun begitu, ianya tidak berbahaya terhadap manusia.

VIDEO:

Serangga Orkid Mantis betina adalah lebih besar dan Orkid Mantis jantan biasanya hanya mampu mencapai setengah saiz Orkid Mantis betina yang boleh mencecah 2.5 inci.

Kredit: Adrian Kozakiewicz 

Facebook Comments Box