Ditinggalkan Ketika Mandi Kerana Tuan Sibuk Berbual Di Telefon, Reaksi Merajuk Kucing Curi Perhatian

Setiap orang yang memelihara kucing pasti tahu akan cabaran ketika mahu memandikan kucing. Kebanyakkan kucing tidak suka dimandikan terutamanya bagi yang tidak biasa dimandikan dengan air dan mereka akan cuba lari dan kadang-kadang melawan dan mencakar tuan dia.Ditinggalkan Sendirian Ketika Mandi Kerana Tuan Sibuk Berbual Di Telefon, Reaksi Merajuk Kucing Curi Perhatian Netizen

Namun begitu, ada juga kucing yang suka dan tikda melawan jika tuannya mahu memandikannya. Seperti yang berlaku kepada kucing wanita dalam kisah ini. Namun apa yang menjadi perhatian adalah reaksi kucing tersebut ketika dimandikan menjadi bualan netizen di media sosial.

Kisahnya, wanita ini sedang menghisi air dalam sebuah baldi, namun tiba-tiba sahaja telefon berbunyi dan wanita ini segera keluar ke ruang tamu untuk menyambut panggilan telefon.

Wanita ini ternyata berbual dengan si pemanggil telefon dengan agak lama dan kucingnya ditinggalkan sendirian di bilik mandi. Sekembalinya ke bilik mandi, wanita ini terkejut melihat keadaan kucingnya yang seolah merajuk dan menghadap dinding.Ditinggalkan Sendirian Ketika Mandi Kerana Tuan Sibuk Berbual Di Telefon, Reaksi Merajuk Kucing Curi Perhatian Netizen

Wanita ini segera diselubungi perasaan bersalah kerana membiarkan kucingnya agak lama dan kesejukan. Wanita ini pun perlahan-lahan cuba memujuk kucingnya yang seakan merajuk dan tidak mahu melayan selepas dipanggil nama berkali-kali. Alahai, kesian dia, mesti marah dengan tuan le tu! Haha.

Ditinggalkan Sendirian Ketika Mandi Kerana Tuan Sibuk Berbual Di Telefon, Reaksi Merajuk Kucing Curi Perhatian Netizen

Apa-apa pun, semoga lain kali jangan meninggalkan kucing kesejukan seorang diri jika mahu memandikannya, takut dia merajuk pula.

Reaksi kucing ini menjadi tular di media sosial dan mendatangkan pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya, terhibur, kesian dan merasakan kucing itu comel.Ditinggalkan Sendirian Ketika Mandi Kerana Tuan Sibuk Berbual Di Telefon, Reaksi Merajuk Kucing Curi Perhatian NetizenSeorang doktor haiwan turut berkongsikan beberapa tips  selepas mengetahui kisah ini. Antara tips perkongsiannya adalah seperti berikut:

  • Letakkan kucing secara perlahan-lahan ke dalam air dan gunakan sabun atau syampu yang bersesuaian.
  • Tidak perlu mandikan kucing dengan kerap.
  • Jangan biarkan air terlalu sejuk atau panas.
  • Jangan mandikan kucing terlalu lama, takut kena selsema.
Facebook Comments Box