Sudah Lebih Dua Bulan Tak Sedarkan Diri, Remaja Sedarkan Diri Sebaik Abangnya Berkata Mahu Makan Makanan Kegemarannya.
Korang semua mesti ada makanan kegemaran yang ‘special’ di hati sehinggakan kalau makan di restoran pun mesti nak order makanan favorite tu. Lebih-lebih lagi kalau mak yang masakkan makanan kegemaran tu sudah pasti perut masing-masing terus ‘bergendang’ dan terus bersemangat nak melantak.
Itu sememangnya fakta bahawa makanan sememangnya boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mood seseorang individu. Percaya atau tidak, seorang remaja dari Taiwan ini dikatakan telah ‘terjaga’ dari k0ma selepas sahaja mendengar nama makanan kegemarannya disebut.
What? Seriously? Remaja lelaki yang berumur 18 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan tak sedarkan diri selama 62 hari. Namun dia tersedar selepas abangnya ada menyebut tentang makanan kegemarannya iaitu ‘chicken fillet’ atau isi ayam.
Menurut laporan Times Now News, remaja lelaki berkenaan telah terlibat dalam kejadian jalan raya sebelum ini. Dia mengalami luka teruk yang mengncam nyawanya dan juga beberapa pendarhan teruk di bahagian organ dalaman. Walaupun doktor di hospital berjaya menstabilkan kondisinya yang agak teruk itu, namun remaja itu berada dalam keadaan tak sedarkan diri selama lebih dua bulan.
Remaja yang dikenali sebagai Chiu telah dirawat di bahagian unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Awam Ton Yen di Hsinchu County. Menurut pengarah ICU, Hsieh Tsung-Hsin, Chiu dikatakan mengalami pelbagai luka termasuklah di bahagian limpa, buah pinggang kanan dan hati. Selain itu, remaja itu juga mengalami pendarhan teruk di bahagian perut.
Abang cakap nak makan makanan kegemarannya.Ahli keluarganya dikatakan sentiasa berada disisinya sepanjang dia tak sedarkan diri dan sentiasa berdoa mengharapkan keajaiban akan berlaku. ‘Keajaiban’ itu termakbul apabila abangnya yang datang melawat pada hari itu telah bergurau dengan mengatakan,Adik, aku nak pergi makan ‘chicken fillet’ kegemaran kau.
Tersedar dari koma, detak nadi semakin melaju.Ibarat mantera ajaib, adiknya itu mula tersedar dari ‘lena’nya dan detak nadinya semakin melaju setelah mendengar nama makanan kegemarannya itu disebut.
Chiu kemudiannya semakin pulih dari luka dari hari ke hari sehinggalah dia dibenarkan keluar daripada hospital.
Baru-baru ini, dia telah kembali semula ke hospital itu bersama dengan sebiji kek sebagai tanda penghargaan dan terima kasihnya kepada semua staf di hospital itu yang telah menjaga dan merawatnya dengan baik.