Dua Individu Pemakai Gelang Pink Ingkar Kuarantin Pergi ke Pejabat LHDN

DUA penduduk dikompaun selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di Kuala Sanglang, Kangar apabila dikesan keluar dari kawasan terbabit pagi tadi.sajagempak.com - Dua Orang Pemakai Gelang Pink Ingkar Kuarantin Pergi ke Pejabat LHDN

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, dua lelaki berusia 47 dan 60 tahun yang memakai gelang merah jambu dikesan orang ramai ketika mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran dua lelaki terbabit selepas dihubungi orang awam yang berada di pejabat berkenaan.

“Anggota polis bertindak menahan dua lelaki itu di perkarangan pejabat LHDN. Mereka mendakwa keluar dari kawasan Temco untuk mendaftar Bantuan Sara Hidup (BSH) di pejabat berkenaan.

sajagempak.com - Dua Orang Pemakai Gelang Pink Ingkar Kuarantin Pergi ke Pejabat LHDN

“Mereka kemudian dikompaun RM1,000 setiap seorang dan mereka diiringi pihak berkuasa pulang ke kawasan Temco,” katanya ditemui selepas meninjau sekatan jalan raya di Jalan Kuala Sanglang, hari ini.

Wari berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua lelaki terbabit mengaku tidak singgah ke kawasan lain sebelum ke pejabat LHDN.

“Kita menasihati orang ramai untuk tidak mengambil ringan langkah pencegahan yang dilakukan pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Temco.

sajagempak.com - Dua Orang Pemakai Gelang Pink Ingkar Kuarantin Pergi ke Pejabat LHDN

“Kes ini disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Facebook Comments Box