Dua Pelanggan Terkejut, Jumpa Lintah Dalam Isi Burger Yang Dibeli Dari Restoran Makanan Segera Popular

Dua orang pelanggan terperanjat besar apabila mendapati burger yang dibeli mereka daripada sebuah restoran makanan segera yang terkenal didapati mengandungi lintah! Insiden tersebut berlaku di Stoke, Staffordshire di London ketika Aimee Welch, 18, dan Josh Bakin,19 membeli burger ‘take away’ di restoran Festival Park, cawangan McDonald’s.Dua Pelanggan Terkejut, Jumpa Lintah Dalam Isi Burger Yang Dibeli Dari Restoran Makanan Segera Popular

Burger itu kemudian dibawa pulang untuk dimakan di rumah. Walaubagaimanapun, ketika membuka bungkusan burger, Bakin terkejut menemui sejenis objek berlendir yang pada mulanya disangkakan acar tapi bila rupanya lintah!

Menurut Bakin, ‘benda’ itu ada di atas keju dan daun salad, dan bila melihat dengan teliti, mereka mendapati ianya seekor lintah! Dia turut mengatakan dirinya tidak mahu untuk pergi ke restoran itu lagi dan mendakwa insiden itu sangat menjijikkan buatnya.Dua Pelanggan Terkejut, Jumpa Lintah Dalam Isi Burger Yang Dibeli Dari Restoran Makanan Segera Popular

 

Mereka kemudian kembali semula ke cawangan restoran tersebut dan memberitahu pihak restoran mengenai burger yang mereka beli. Mereka kemudian diberikan pampasan sebanyak RM29 (5 Pound) oleh pengurus restoran. Mereka juga turut mengembalikan burger dan juga lintah kepada cawangan restoran terbabit. 

Walaubagaimanapun menurut jurucakap McDonald’s, hasil siasatan yang dijalankan oleh mereka mendapati tiada bukti yang menunjukkan burger itu tercemar dengan benda asing di premis mereka.Dua Pelanggan Terkejut, Jumpa Lintah Dalam Isi Burger Yang Dibeli Dari Restoran Makanan Segera Popular

 

“Kami mohon maaf atas pengalaman pelanggan ini. Keselamatan makanan sangat penting bagi kami dan kami sangat menekankan kawalan kualiti, mengikuti standard yang ketat untuk mengelakkan ketidaksempurnaan.

“Setelah melakukan penyelidikan di restoran, kami tidak menemukan apa-apa untuk menunjukkan produk itu tercemar dengan benda asing di restoran tersebut.Dua Pelanggan Terkejut, Jumpa Lintah Dalam Isi Burger Yang Dibeli Dari Restoran Makanan Segera Popular

 

Jurucakap McDonald’s juga memberitahu bahawa pihak restoran telah menghubungi kedua pelanggan tersebut untuk meminta maaf dan menyelesaikan perkara tersebut.

Facebook Comments Box