“Eh, Kucing Aku Lalu” – Lelaki Selamba Menari Dengan Buaya Yang Bebas Bergerak Dalam Rumahnya

Seorang lelaki menjadi tular selepas memuat naik video yang merakamkan dirinya menari dengan seekor buaya berada di sampingnya.“Eh, Kucing Aku Lalu” - Lelaki Selamba Menari Dengan Buaya Yang Bebas Bergerak Dalam Rumahnya

Pada mulanya apabila kami melihat video ini tular, kami ingatkan itu mungkin bukan buaya sebenar, mungkin patung buaya ke atau orang yang guna kustom buaya. Tetapi selepas diselidik sedikit, ternyata buaya tersebut sememangnya buaya hidup dan banyak video yang dimuatnaik oleh lelaki ini yang merakamkan aktiviti dengan buaya.

Meskipun ramai antara kita yamg mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing, namun sangat di luar kebiasaan buat orang memelihara buaya seperti yang dilakukan oleh lelaki ini. Ini kerana buaya adalah dikategorikan sebagai haiwan yang ganas dan boleh membahayakan. Selain itu buaya juga bukanlah haiwan yang boleh dijinakkan dan dipelihara dengan mudah dan hanya orang-orang berkemahiran tertentu sahaja yang boleh mengawalnya.

“Eh, Kucing Aku Lalu” - Lelaki Selamba Menari Dengan Buaya Yang Bebas Bergerak Dalam Rumahnya

Seorang lelaki yang menggunakan akaun TikTok@dapinhensi berkongsikan video dirinya menari dengan seekor buaya berdekatan dengannya. Apa yang mengejutkan ialah buaya itu selamba bergerak di ruangan dalam rumahnya. Wow, biar betul brader ni!

VIDEO 1:

Juga agak melucukan apabila lelaki ini menggelarkan buaya itu sebagai kucingnya. Ada ke patut buaya dipanggilnya kucing, jemm.

 “Eh, kucing aku lalu” – katanya ketika buaya itu berjalan di depan kamera.

Rupanya buaya itu memang sudah lama dipeliharanya sejak kecil lagi dan banyak video aktiviti mereka telah dimuat naik ke akaun media sosial lelaki tersebut. Malah dalam satu video mereka pernah dengan sengaja melepaskan buaya itu kedalam parit dan membiarkannya seketika sebelum menangkapnya semula dengan sangat mudah! 

VIDEO 2:

Mungkin buaya itu memang tiada hati nak lari dan sudah sangat selesa dengan tuannya. Apa-apapun, kami berhadap pemuda ini dan keluarganya agar menjaga buaya itu baik-baik dan sentiasa pastikan ia tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain yang berhampiran.

Kredit: Davin

 

 

Facebook Comments Box