Emas Mahal Sangat, Pengantin Wanita Hias Diri Guna Tomato Sebagai Ganti. Kebiasaannya wanita yang mahu berkahwin akan menggunakan barang kemas seperti emas untuk berhias. Bagi mereka yang berduit mungkin lagi mewah dengan menggunakan berlian permata dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, pada zaman viral ini, ternyata ada lagi barang perhiasan yang agak pelik untuk digayakan ketika perkahwinan. Baru-baru ini, tular mengenai seorang wanita dari Pakistan yang menggunakan buah tomato sebagai barangan set perhiasan ketika majlis perkahwinannya.
Buah tomato ini dihias dan digunakan sebagai pengganti untuk gelang, rantai leher dan subang oleh pengantin wanita ini.
Selepas berita mengenainya menjadi tular, wanita ini menjelaskan sebab dia memilih tomato adalah disebabkan harga emas yang terlalu mahal dan tidak mampu untuk menggunakannya.
Sebab Emas mahal sangat, guna tomato pun boleh..
Namun apabila ditanya mengapa guna tomato berbanding sayur-sayuran yang lain, pengantin perempuan ini menjawab sebab buah tomato dipilih adalah kerana harga tomato yang lagi mahal berbanding sayuran yang lain.
Selain daripada itu, pengantin perempuan juga menunjukkan wang hadiah yang diterimanya dalam bentuk kacang pine.
Temuramah dengan saluran TV
Dalam video tular di bawah ini menunjukkan klip temuramah wanita ini bersama dengan saluran TV terkenal di negara mereka.
Tomato jewellery. In case you thought you've seen everything in life.. pic.twitter.com/O9t6dds8ZO
— Naila Inayat नायला इनायत (@nailainayat) November 18, 2019
Emm, macam-macam ragam manusia sekarang. Apa-apapun, kita ucapkan tahniah kepada pasangan pengantin ini dan semoga perkahwinan mereka bahagia hingga ke anak cucu.