Fenomena Aneh Gumpalan Awan Kelihatan Jatuh Dari Langit Berlaku Di Ladang Sawit

Baru-baru ini, satu fenomena aneh yang berlaku di kawasan ladang kelapa sawit di Kampar, Riau, Indonesia telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.Fenomena Aneh Gumpalan Awan Jatuh Dari Langit Berlaku Di Ladang Sawit - sajagempak.com

Menerusi video tular berdurasi 50 saat, beberapa gumpalan putih dilihat ‘jatuh’ dan berselerakan di sekitar kawasan ladang berkenaan yang terletak di daerah Kabupaten Kampar, Riau.

Kejadian itu menjadi buah mulut dikalangan penduduk yang rata-ratanya mendakwa gumpalan putih itu adalah awan yang jatuh dari langit ke tanah.

Menurut Ketua Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edy Afrizal, sebaik sahaja mengetahui berita mengenai kejadian aneh tersebut, mereka segera bergegas datang ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.Fenomena Aneh Gumpalan Awan Jatuh Dari Langit Berlaku Di Ladang Sawit - sajagempak.com

“Kami sudah menghantar pasukan, dan tidak ada laporan ada awan jatuh, apatah lagi berlaku di wilayah Kampar” – ujarnya pada hari Jumaat, 22 Julai 2022.

Menurutnya lagi, sejah video itu tular, sudah ramai orang yang bertanyakan hal mengenai kejadian tersebut, malah dia sendiri juga sudah datang untuk memeriksanya namun tiada perkara sedemikian (awan jatuh) berlaku.

Tambah Edy Afrizal lagi, dia juga turut bertanyakan kepada pihak Peramal Bertugas Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), tetapi jawapannya tetap sama, tidak ada.Fenomena Aneh Gumpalan Awan Jatuh Dari Langit Berlaku Di Ladang Sawit - sajagempak.com

Forecaster on Duty Stasiun BMKG Pekanbaru, Yudhistira juga turut mengatakan hal yang sama. Jika dilihat dalam video, gumpalan putih itu kemungkinan besar adalah buih dan bukannya awan.

“Boleh jadi itu mungkin buih dari sisa kilang, bukan awan. Kalau dilihat secara visual, yang putih itu kelihatan seperti buih atau dacron, bukan awan, kerana awan merupakan wap air yang terapung di atmosfera. Jika ada di darat sekalipun, ia adalah dalam bentuk kabut atau yang sering kita sebut fog,” kata Yudhisthira.

VIDEO:

 

Facebook Comments Box