Fenomena Aneh, Pokok Ditebang Mengeluarkan Air Banyak Seakan Air Terjun Dan Tak Berhenti

Planet Bumi yang didiami oleh manusia zaman dulu mahupun zaman sekarang sememangnya dipenuhi dengan pelbagai kejadian atau fenomena yang unik dan misteri di merata dunia yang kebanyakkan diantaranya masih tidak dapat dijelaskan dari sudut sains.Fenomena Aneh, Pokok Ditebang Mengeluarkan Air Banyak Seakan Air Terjun Dan Tak Berhenti - sajagempak.com

Baru-baru ini, tular mengenai satu pokok aneh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Michael Adams. Video yang dikongsikannya memalui akaun TikTok michaeladams1310 itu dengan pantas menjadi tular sehingga mencecah lebih 40 juta tontonan.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan telah merakam satu pokok ditebang yang kelihatan aneh apabila didapati mengeluarkan air di bahagian yang sudah ditebang.

Lagi mengejutkan apabila air berwarna coklat yang keluar daripada pokok tersebut dilihat mencurah keluar tak berhenti-henti dan seakan air terjun mini! Malah apabila bahagian yang ditebang itu cuba dibersihkan, air didapati makin kuat mengalir keluar.

Fenomena Aneh, Pokok Ditebang Mengeluarkan Air Banyak Seakan Air Terjun Dan Tak Berhenti - sajagempak.com

Dalam video seterusnya, dia menunjukkan bahagian tengah pokok itu selepas ditebang dengan telaga air di akarnya. Sementara rakannya menggergaji batang pokok tersebut, dia telah menyentuh air itu.

Dikatakan terdapat rongga di bahagian atas menyebabkan pokok itu perlahan-lahan mereput dari dalam ke bahagian luar. Ia telah menyebabkan pokok tersebut berisi air dari semasa ke semasa.

Pokok tersebut dikatakan banyak ditemui di seluruh Amerika Utara dan merupakan pokok daun luruh yang boleh membesar sehingga 70 kaki tinggi. Kelebaran batangnya pula boleh mencecah sekitar empat kaki.Fenomena Aneh, Pokok Ditebang Mengeluarkan Air Banyak Seakan Air Terjun Dan Tak Berhenti - sajagempak.com

Michael Adams mengakui ini adalah kali pertama dia melihat pokok mengeluarkan air dari dalamnya. Terdapat juga orang yang berada dalam rakaman video yang menyifatkan kejadian itu adalah ‘gila’ kerana agak aneh.

VIDEO:

 

Tambah Adams lagi, pokok itu sudahpun mencurahkan air selama lebih kurang seminit sebelum rakaman dibuat.

Kredit video: michaeladams1310

Facebook Comments Box