Fenomena Aneh Ribuan Burung Tiba-tiba Jatuh Dari Langit Dan Mati

Satu kejadian yang aneh dan luar biasa berlaku di Bali, Indonesia hingga mengejutkan penduduknya apabila ribuan burung jatuh dari langit secara tiba-tiba di kawasan tanah perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali hingga mencetuskan pelbagai tanda-tanya.Fenomena Aneh Ribuan Burung Tiba-tiba Jatuh Dari Langit Dan Mati - sajagempak.com

Kadek Sutika, salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kawannya berkata sebuah kawasan tanah perkuburan di Banjar Sema Pring, Bali

“Saya lihat di kawasan kubur, ramai budak kecil dah ambil burung-burung tu. Saya lihat ada banyak burung kat bawah pokok, ada yang mati, ada yang masih hidup.

“Banyak sekali yang jatuh dan mati, dan jumlahnya lebih seribu,”- ujarnya

Menurut Kadek, dalam lima hari sebelumnya, burung-burung itu sering dilihat bertenggek atas pokok asam berhampiran tanah perkuburan tersebut. Tambahnya lagi, dia tidak tahu dari mana datang burung-burung yang banyak itu.Fenomena Aneh Ribuan Burung Tiba-tiba Jatuh Dari Langit Dan Mati - sajagempak.com

Ketua Jabatan Kesihatan Haiwan Wilayah Gianyar, Made Santiarka mengesahkan spesies burung-burung itu adalah burung pipit. Beberapa ekor burung yang mati akan dibawa ke makmal untuk dikaji sebagai sampel, diagnosis dan siasatan lanjut.

Menurut pendapatnya, Made Santiarka beranggapan kejadian aneh tersebut berlaku kemungkinan disebabkan faktor cuaca yang ekstrim seperti hujan dan angin kencang yang terjadi kerana peralihan musim kemarau ke musim hujan. Burung-burung ini mungkin tidak mampu bertahan dan akhirnya jatuh kerana lemah dan ada yang mati.

Tambahnya lagi, hujan yang lebat dan tekanan udara yang rendah menyebabkan burung ini enggan lari, dan sebaliknya cuba bertahan dalam keadaan basah kuyub, kemudian sakit dan akhirnya mati.

Meskipun terdapat ramai burung-burung yang jatuh dan mati, namun didapati masih ada beberapa burung yang terselamat dan dapat bertahan dan bertenaga semula selepas mendapat sinaran matahari.

Menurut Balai Konservasi dan Sumber Daya Alam Bali, punca sebenarnya yang menyebabkan fenomena aneh burung-burung jatuh itu masih belum dapat dipastikan sepenuhnya dan masih dalam siasatan dan kajian.

Kredit: Kompas

Facebook Comments Box