Fenomena Disangka Puting Beliung, Sebenarnya Lagi Mengerikan Apabila Jutaan Nyamuk Berterbangan Memenuhi Ruang Langit

Satu fenomena yang menakutkan berlaku di negara Russia hingga menimbulkan kekacauan para penduduknya menjadi huru hara. Hal ini kerana terdapat ‘puting beliung’ yang besar telah melanda kawasan berkenaan.Fenomena Disangka Puting Beliung, Sebenarnya Lagi Mengerikan Apabila Jutaan Nyamuk Berterbangan Memenuhi Ruang Langit

Bila dilihat dari jauh, ianya kelihatan seperti beberapa puting beliung yang menerbangkan kotoran-kotoran ke udara hingga memenuhi ruang langit.

Tapi bila dilihat dari dekat, ianya lebih menggerunkan lagi! Ini kerana ‘puting beliung’ itu ternyata bukannya fenomena puting beliung, tetapi berjuta-juta nyamuk yang berterbangan di udara!

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Alexei, dari Ust-Kamchatsk, dia telah menyaksikan sendiri fenomena luar biasa tersebut yang berlaku di pantai timur Kamchatka. Fenomena Disangka Puting Beliung, Sebenarnya Lagi Mengerikan Apabila Jutaan Nyamuk Berterbangan Memenuhi Ruang Langit

Tambahnya lagi, dia hampir tidak dapat melihat jalan ketika memandu melalui ‘puting beliung nyamuk’ itu sejauh beberapa ratus meter dan tidak berani untuk membuka tingkap kenderaannya.

Menurutnya lagi, beberapa kumpulan nyamuk itu juga berpecah dan membentuk beberapa ‘puting beliung nyamuk’ yang baru.

Daripada video tular yang dirakam dari dalam kereta, jelas kelihatan ‘puting beliung’ berada di hadapan dan memperlihatkan jutaan nyamuk berterbangan di udara.Fenomena Disangka Puting Beliung, Sebenarnya Lagi Mengerikan Apabila Jutaan Nyamuk Berterbangan Memenuhi Ruang Langit

Meskipun kejadian tersebut jelas menimbulkan ketakutan dikalangan orang awam, namun pakar memaklumkan mereka supaya tidak bimbang kerana ianya fenomena musim mengawan.

“Ianya adalah nyamuk jantan yang mengerumuni salah satu daripada beberapa kawanan nyamuk betina,” kata ahli entormologi Lyudmila Lobkova.

Tambahnya lagi nyamuk jantan yang mengerumuni “tidak akan menyerang manusia”. Selain itu dia juga memaklumkan penghalau nyamuk tidak berkesan untuk mencegah nyamuk-nyamuk berjuta itu.

VIDEO:

Penduduk tempatan juga memaklumkan sebelum ini juga pernah berlaku kejadian ‘puting beliung nyamuk’ tersebut pada tahun-tahun lepas, tetapi kejadian pada tahun 2021 ini adalah yang paling teruk sekali.

Facebook Comments Box