Dari zaman ke zaman pasti akan ada haiwan atau spesis hidupan yang terancam dan mengalami kepupusan. Banyak haiwan-haiwan purba dan zaman dahulu yang sudah pupus dan tidak dilihat lagi di muka Bumi ini dan hanya meninggalkan fosil sebagai rujukan manusia di zaman akan datang.
Baru-baru ini, tular mengenai penemuan sekumpulan saitis di negara Mesir mengenai fosil berusia 43 juta tahun iaitu sejenis hidupan amfibia yang didakwa milik ikan paus berkaki empat. Fosil itu ditemuinya ketika penggalian daripada batu Eosen di Fayum Depression yang terletak di kawasan Gurun Barat Mesir.
Kawasan itu merupakan padang pasir pada zaman sekarang, namun pada zaman dulunya merupakan kawasan lautan dan banyak penemuan-penemuan penting dijumpai yang berkaitan dengan evolusi ikan paus sebelum ianya dikaji di Pusat Palentologi Vertebrata, Universiti Mansoura (MUVP).
Menurut Ketua penyelidik Mesir, fosil itu adalah milik Protoceditae iaitu sejenis ikan paus yang telah pupus dan berada di tengah-tengah peralihan itu dan sekarang diberi nama sebagai Phiomicetus Anubis.
Nama Phiomicetus Anubis itu diambil bersempena dengan nama Fayum Depression manakala nama spesiesnya pula merujuk kepada Anubis yang merupakan seorang dewa Mesir yang dikaitkan dengan mumia dan kehidupan selepas mati.
Phiomicetus Anubis juga berkemungkinan merupakan haiwan pemangsa teratas. Sebahagian rangkanya mendedahkan haiwan itu mungkin merupakan paus protocetid paling primitif yang diketahui dari Afrika. Phiomicetus anubis dianggarkan seberat 589kg dan dan badan sepanjang tiga meter.
“Phiomicetus anubis merupakan kunci kepada spesies ikan paus dan merupakan penemuan penting bagi paleontologi Mesir dan Afrika,” kata penulis utama penemuan itu yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of The Royal Society B., Abdullah Gohar.
Selain itu, spesies paus ini juga dikatakan dapat berjalan di daratan dan juga berenang di air.
Kredit: Kosmo