Gadis Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex-Boyfriend’ Kemudiannya Dibaling Bunga Oleh Pengantin Perempuan

Gadis Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex-Boyfriend’ Kemudiannya Dibaling Bunga Oleh Pengantin Perempuan. Bagi sesetengah daripada kita, menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasih mungkin akan menjadi perkara terakhir dalam senarai yang ingin dilakukan.Gadis Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex-Boyfriend’ Kemudiannya Dibaling Bunga Oleh Pengantin Perempuan

Disebabkan itu jugalah, ramai daripada kita yang memilih untuk tidak menghadiri undangan ke majlis perkahwinan bekas kekasih kita. Namun begitu, lain pula ceritanya dengan wanita ini.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan seorang wanita yang didakwa menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya telah menjadi tular di media sosial.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu telah dilempar dengan bunga yang dipegang oleh pengantin perempuan serta didakwa dihalau ketika hendak bergambar di atas pelamin.

Gadis Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex-Boyfriend’ Kemudiannya Dibaling Bunga Oleh Pengantin Perempuan

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, kelihatan seorang wanita yang didakwa bekas kekasih si pengantin lelaki cuba bergambar bersama kedua-dua pasangan pengantin berkenaan sambil ditemani oleh beberapa orang rakannya yang lain.

Setelah beberapa foto berjaya diambil, pengantin perempuan bertindak menyatakan sesuatu sebelum melemparkan jambangan bunga yang dipegangnya ke arah wanita tersebut.

Sejurus selepas itu, pengantin wanita tersebut didakwa telah mengusir wanita yang dipercayai bekas kekasih kepada pengantin lelaki itu ketika di atas pelamin.

VIDEO:

Ketika mantan datang ke Nikahan…

Ketika mantan datang ke Nikahan… .Kena tabok dah… ?⁣

Dikirim oleh Lambe Turah pada Selasa, 10 Desember 2019

Lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku tidak diketahui dengan pasti. Namun, berdasarkan nyanyian serta pakaian yang dikenakan ke atas pengantin, ianya dipercayai berlaku di negara Indonesia.

Sumber: Siakap Keli

Facebook Comments Box