Gara-gara mahu berjumpa dengan rakan lelaki yang dikenali dalam permainan online, seorang gadis sanggup menjual motosikal bapanya untuk mendapatkan duit. Tujuannya adalah untuk membeli tiket penerbangan dan membiayai belanjanya sepanjang perjalanan.
Kejadian yang berlaku di Jambi itu ‘membongkar’ satu cerita yang mengejutkan. Gadis remaja itu dipercayai telah menjual motosikal bapanya kerana ingin berjumpa dengan rakan lelakinya itu.
Menurut Tribun Timur, remaja itu nekad bertindak sedemikian untuk membiayai perjalanannya ke Jakarta dengan menaiki kapal terbang.
Pun begitu, dia mula meragui tindakannya selepas memikirkan mengenai kedua ibu bapanya. Berseorangan di situ, dia kebingungan dan hanya mampu menangis.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Monik melihat keadaannya yang kebingungan di lapangan terbang pun menyapanya dan bertanyakan keadaannnya.
“Ketika itu saya melihat gadis remaja tersebut seperti kebingungan, saya menghampirinya dan bertanya keadaannya. Ternyata dia dari Jambi dan hendak ke Jakarta untuk menemui rakan lelaki yang dikenali menerusi permainan dalam talian,” katanya.
Menurutnya lagi, gadis itu juga mahu pergi ke Jakarta dengan membawa wang bernilai Rp 20 juta (RM5,771), ia merupakan hasil yang diperoleh selepas menjual motosikal bapanya, lapor Detik News.
Remaja itu dipercayai memberontak dan nekad untuk berjumpa lelaki yang dikenalinya itu tetapi ia tidak diteruskan kerana keluarganya dapat mengetahui mengenai perkara tersebut setelah video mengenainya tular.
“Sebenarnya dia tetap berkeras ingin berangkat ke Jakarta tetapi mujurlah video itu tular dan pihak keluarganya datang ke lapangan terbang untuk menjemputnya. Tidak cuma itu, remaja itu juga secara tidak sengaja bertemu dengan seorang guru sekolahnya, akhirnya dia membatalkan hasrat untuk ke Jakarta,” jelas Monik.
Sementara itu, Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto mengesahkan bahawa gadis itu merupakan penumpang yang akan berlepas pada Selasa.
VIDEO:
View this post on Instagram
Kerana turut merasa curiga terhadap gadis itu yang kelihatan kebingungan dan tidak mempunyai penjaga, Agus juga telah membatalkan penerbangan gadis itu.
Akhirnya gadis remaja tersebut telah dijemput dan dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya yang berasal dari Desa Tangkit, Wilayah Jambi.
Sumber: Siakapkeli