Gadis Terjun Dari Kereta Myvi Yang Sedang Bergerak, Dipercayai Bergaduh Dengan Teman Lelaki

Satu kejadian yang mengejutkan berlaku di kawasan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor apabila seorang perempuan tiba-tiba terjun dari kereta yang sedang bergerak.Gadis Terjun Dari Kereta Myvi Yang Sedang Bergerak, Dipercayai Bergaduh Dengan Teman Lelaki - sajagempak.com

Video saat-saat kejadian itu telah menjadi tular di facebook dan rata-rata netizen berspekulasi mengenai punca atau sebab perempuan itu bertindak sedemikian. Video perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Mat Jie memberitahu dia nyaris-nyaris melanggar perempuan itu yang secara tiba-tbia terjun keluar dari sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang bergerak.

Ketika kejadian sebelum wanita itu nekad terjun keluar dari kereta Perodua Myvi, kereta itu dilihat sedang memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan.Gadis Terjun Dari Kereta Myvi Yang Sedang Bergerak, Dipercayai Bergaduh Dengan Teman Lelaki - sajagempak.com

Tindakan nekad wanita itu yang berani terjun dari kereta yang sedang bergerak adalah dipercayai kerana bergaduh dengan teman lelakinya.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas kejadian yang berlaku pada wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

“Perempuan ini masa itu dia tak fikir apa dah ini, mungkin dia meluat tengok lelaki itu, nak tumbuk dan tendang lelaki itu dia tak kuat jadi dia pun binasakan diri sendiri,” kata Amy Wan.Gadis Terjun Dari Kereta Myvi Yang Sedang Bergerak, Dipercayai Bergaduh Dengan Teman Lelaki - sajagempak.com

 

“Kita tak boleh hukum mereka sebab kita tak tahu apa kes mereka, saya doakan yang si perempuan itu bersabar selesai cara baik-baik kalau rasa dah tak boleh baik putus sahaja cara elok,” komen Faridah Abdullah Nurizda.Gadis Terjun Dari Kereta Myvi Yang Sedang Bergerak, Dipercayai Bergaduh Dengan Teman Lelaki - sajagempak.com

“Semoga perempuan itu baik-baik sahaja, apa yang jadi dalam kereta itu kita tak tahu tapi kalau lelaki itu naik tangan tinggalkan sahaja orang macam itu,” tulis Amira Hazman.

VIDEO:

Walau apapun sebab dan puncanya, tindakan nekad dengan sengaja terjun dari kereta yang sedang bergerak adalah merupakan perbuatan yang berbahaya, bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, anda dinasihatkan agar jangan sesekali melakukan tindakan seperti wanita ini.

Kredit: Kosmo

Facebook Comments Box