Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Sebelum Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya

Seorang lelaki yang bertengkar dengan isterinya telah nekad melakukan sesuatu yang tidak pernah terfikirkan orang. Lelaki berusia 48 tahun dari bandar Como di utara Milan, Itali ini telah nekad berjalan kaki sejauh 420 kilometer (km) selepas bergaduh dengan isterinya. Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Sebelum Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya - sajagempak.com

Lelaki ini nekad berjalan kaki selama tujuh hari berterusan sehinggalah ditemui oleh polis.

Polis peronda telah menemuinya di Gimarra di kawasan pantai Adriatic, kira-kira 418km dari rumahnya pada jam jam 2 pagi.

Ketika ditanya oleh polis, lelaki ini bagaimanapun memberitahu mereka bahawa dia berjalan kaki keluar kerana mahu mententeramkan diri selepas bertengkar dengan isterinya.

“Saya terus berjalan sepanjang jalan. Saya tidak menaiki apa-apa kenderaan. Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Sebelum Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya - sajagempak.com

“Selama tempoh itu, saya hanya bergantung ihsan makanan dan minuman yang diberikan orang ramai yang ditemui sepanjang perjalanan saya.

“Saya baik saja, cuma sedikit keletihan,” katanya.

Pihak polis yang mendengar penjelasan lelaki itu pun melepaskannya namun lelaki itu tetap didenda 400 Euro (RM1,968) kerana telah melanggar peraturan perintah berkurung.

Lelaki itu pun dibawa ke balai polis berhampiran selepas menyedari isterinya telah melaporkan kehilangannya. Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Berjalan Lebih 400km Untuk Cari Ketenangan Sebelum Ditemui Polis Susulan Laporan Kehilangannya - sajagempak.com

Lelaki tersebut kemudiannya ditempatkan di sebuah hotel sementara menunggu isterinya datang untuk mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah.

Diharapkan, lelaki ini dan isterinya boleh berbaik-baik di masa yang terdekat.

Facebook Comments Box