Gagal Bayar Gaji Pekerja Sehingga 7 Haribulan, Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan

Gagal Bayar Gaji Pekerja Sehingga 7 Haribulan, Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan. Kebanyakan kita, minggu keempat di setiap bulan adalah minggu yang terpaksa berjimat cermat atau mengikat perut sebelum menerima bayaran gaji ke akaun bank.sajagempak.com - Gagal Bayar Gaji Pekerja Sehingga 7 Haribulan, Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan

Tetapi bagaimana jika gaji anda belum dibayar mengikut tarikh yang sepatutnya? Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, pekerja boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya gaji mereka tidak dibayar pada 7 haribulan.

Mahfuz berkata demikian ketika menggulas mengenai kes berhubung kakitangan sebuah syarikat jurutera yang mengadu tidak menerima pembayaran gaji mereka selama enam bulan.

sajagempak.com - Gagal Bayar Gaji Pekerja Sehingga 7 Haribulan, Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan
Datuk Mahfuz Omar

“Saya telah meneliti sidang media yang dilakukan oleh pekerja Scomi Engineering Bhd dan saya sangat terkejut.

“Sesuatu yang mengejutkan apabila pihak majikan membayar gaji untuk satu tempoh yang agak lama dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerja di bawah Seksyen 19.

sajagempak.com - Gagal Bayar Gaji Pekerja Sehingga 7 Haribulan, Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan

“Gaji juga seharusnya dibayar mengikut akta ini tidak lebih daripada 7 haribulan. Pekerja tak perlu tunggu sampai tempoh enam bulan untuk buat aduan,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Mahfuz menegaskan Kementerian Sumber Manusia tidak akan berkompromi dalam hal melibatkan penganiayaan terhadap pekerja, sekalipun ia membabitkan syarikat gergasi dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Facebook Comments Box