Gajah Menceroboh Kebun Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari

Seperti yang kita sedia maklum, gajah merupakan haiwan yang memiliki badan yang besar dan berat, malah gajah seringkali dianggap sebagai haiwan terbesar di daratan.Gajah Menceroboh Kebun Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari - sajagempak.com

Satu video mengenai seekor gajah menjadi tular baru-baru ini apabila memaparkan gelagat gajah itu yang sedang cuba memanjat pagar. Gajah berkenaan dipercayai telah menceroboh sebuah kebun dan kemudiannya cuba melarikan diri dengan memanjat pagar.

Dalam video berkenaan, gajah tersebut dilihat tersangkut di pagar dan pada mulanya, gajah berkenaan cuba mengimbangi badannya dengan menggunakan sebelah kaki di atas tiang pagar berkenaan.Gajah Menceroboh Kebun Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari - sajagempak.com

Dia kemudiannya dilihat mahu meletakkan kaki depannya di atas pagar tetapi malangnya kaki belakangnya tersangkut.Gajah Menceroboh Kebun Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari - sajagempak.com

Gajah berkenaan kemudiannya bergelut dalam beberapa ketika sebelum akhirnya berjaya melepaskan diri melepasi penghadang tersebut.Gajah Menceroboh Kebun Tersangkut Di Pagar Ketika Cuba Lari - sajagempak.com

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Supriya Sahu berkongsikan video gajah tersebut dan ianya dengan pantas menjadi tular hingga mencecah lebih 315,000 tontonan di laman Twitter.

VIDEO:

Lokasi kejadian tersebut adalah di Taman Negara Nagarhole di Karnataka, India.

Facebook Comments Box