Gaji Dipotong RM2,783 Gara-gara Banyak Habiskan Masa Di Tandas

Banyak menghabiskan masa ketika bekerja di dalam tandas menyebabkan gaji seorang pekerja lelaki di Taiwan dipotong majikannya.sajagempak.com - Gaji Dipotong Gara-gara Banyak Habiskan Masa Di Tandas

Dalam laporan Oriental Daily, tindakan majikan itu ternyata mengundang rasa tidak puas hati lelaki terbabit.

Dia dilaporkan akan menghabiskan purata dua jam sehari di dalam tandas atau 49.5 jam sebulan.

Tindakan itu menyebabkan dia dipotong gaji dan lebih berang apabila pemotongan tidak dimaklumkan oleh majikannya hanya disebabkan tempoh masa di dalam tandas.

sajagempak.com - Gaji Dipotong Gara-gara Banyak Habiskan Masa Di Tandas
Gambar Hiasan

Dalam keluhannya di Facebook (FB), lelaki terbabit berkata, dia berkerja 195 jam dengan bayaran sebanyak 106 yuan (kira-kira RM67) untuk satu jam.

Sebaik menerima gaji, dia tersedar sebanyak 4,400 yuan (kira-kira RM2,783) dipotong majikannya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabatnya mendapati lelaki terbabit menghabiskan masa hampir 50 jam di tandas.

Sedangkan, majikan hanya memperuntukkan sejam sehari untuk penggunaan tandas.

sajagempak.com - Gaji Dipotong Gara-gara Banyak Habiskan Masa Di Tandas

“Walaupun saya berada di dalam tandas untuk tempoh yang lama ia tidak bermaksud gaji saya boleh dipotong,” luah lelaki terbabit di dalam FB.

Tindakan mempertikaikan tindakan itu menyebabkan dia diugut akan dipecat.

Dia bagaimanapun terpaksa akur dengan pemotongan gaji itu kerana bimbang dipecat.

Facebook Comments Box