Gelagat Kucing Berjalan Atas Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Seakan Konpius Fikir Dia Kucing Atau Ular

Jika kita melihat atau merasai pengalaman berada di satu tempat buat pertama kali seperti pertama kali melancong ke luar negara, mungkin ada perkara yang membuatkan kita berasa kagum dan juga rasa was-was.Gelagat Kucing Berjalan Atas Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Seakan Konpius Fikir Dia Kucing Atau Ular - sajagempak.com

Pada masa sekarang, tidak dinafikan terdapat ramai kucing belaan manusia yang jenis ‘indoor’ dan mungkin ada diantaranya yang jarang atau langsung tidak pernah melihat rumput.

Mungkin itulah yang dirasai oleh kucing berwarna oren ini apabila berlekakuan agak aneh ketika berada diatas rumput.

Menerusi satu video tular yang dimuatnaik oleh @rostikadewi4 itu, kelihatan seekor kucing oyen yang  dikatakan sudah agak lama tidak keluar atau dibawa keluar rumah.

Gelagat Kucing Berjalan Atas Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Seakan Konpius Fikir Dia Kucing Atau Ular - sajagempak.com

Dalam video itu, kucing berkenaan kelihatan tidak biasa berjalan di atas padang yang luas itu dan kelihatan was-was dan mungkin juga sedikit takut.

Akibatnya, kucing itu seolah-olah bertukar menjadi buaya atau ular apabila berjalan dengan gaya seperti merangkak , mengensot atau meyusur diatas rumput dan tidak berjalan seperti kucing normal.

Gelagat Kucing Berjalan Atas Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Seakan Konpius Fikir Dia Kucing Atau Ular - sajagempak.com

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan tergelak melihat gaya kucing ini berjalan. Ada juga yang menyamakan cara berjalannya seperti haiwan lain seperti buaya, ular dan kura-kura.

VIDEO:

Malah ada yang berseloroh mengatakan ini semuanya aneh kerana biasanya kucing ‘oyen’ ini agak dikenali dengan sifatnya yang nakal dan berani, tapi yang ini macam takut-takut pula. Antara komen-komen netizen:Gelagat Kucing Berjalan Atas Rumput Buat Ramai Tergelak, Muka Seakan Konpius Fikir Dia Kucing Atau Ular - sajagempak.com

 

Apa-apapun, kucing ini tetap kelihatan comel kan.

Facebook Comments Box