Gelang Makin Ketat Selepas Dibaiki, Wanita Sedar Dirinya Sudah Kena Tipu

Tidak dinafikan akhir-akhir ini, sudah menjadi trend dalam kalangan netizen untuk membeli emas terutamanya golongan wanita. Emas yang dibeli bukan sahaja dapat dijadikan sebagai aksesori malahan dapat dijadikan sebagai pelaburan pada masa akan datang berikutan harga emas yang meningkat saban hari.sajagempak.com - Gelang Makin Ketat Selepas Dibaiki, Wanita Sedar Dirinya Sudah Kena Tipu

Bagaimanapun, seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ikafariha Fariha, mendakwa dirinya telah ditipu oleh sebuah kedai emas ketika dia menghantar gelang tangannya untuk dipotong.

Kisahnya bermula apabila wanita ini, menghantar gelang tangannya ke kedai emas untuk dipotong berikutan keadaan emas tersebut yang terkopek dan kemek berikutan satu insiden semasa kenduri.

sajagempak.com - Gelang Makin Ketat Selepas Dibaiki, Wanita Sedar Dirinya Sudah Kena Tipu
Sebelum ini ada 26 gelang penuh

 

Gelang memang labuh sikit. Hari selasa pagi, hantar pergi kedai. Suruh diorang kerat 2 ketul bahagian yang cacat tu. Sebelum tu memang aku dah kira gelung dan ambik gambar siap-siap kot ada yang menipu nanti kan.

Jelasnya lagi, pemilik kedai emas berkenaan memintanya untuk mengambil pada petang hari berkenaan namun, berikutan beberapa masalah yang dihadapinya proses pengambilan gelang tersebut tergendala.

Hari Khamis aku pergi ambil, balik rumah baru aku try. Rasa ketat gelang aku ni. Tak sedap hati dah, kira-kira tidak cukup gelung. 10 kali aku kira sorang-sorang.

‘Memang aku tak masuk dah’

sajagempak.com - Gelang Makin Ketat Selepas Dibaiki, Wanita Sedar Dirinya Sudah Kena Tipu

Foto: Ikafariha Fariha

Bercerita lebih lanjut, pemilik kedai pada mulanya berdolak dalih dan sama sekali tidak mengaku sudah mengambil lebihan emas yang dipotong itu. Berang dengan apa yang terjadi, wanita ini turut meninggikan suara kepada pemilik kedai emas itu berikutan tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.

Pada masa yang sama, dia turut menunjukkan bukti yang jelas menerusi foto yang ditangkap gambar emasnya sebelum dan selepas dihantar ke kedai itu.

Memang diorang cakap diorang je betul ceritanya. Mati-mati mengaku kerat dua ketul sahaja. Suara aku dah mula naik dah. Pandai tegur aku, hang jangan marah, mari kita bincang.

Aku tunjuk suruh diorang kira balik, aku tunjuk sekali time aku ambil gambar kan ada set time pukul 9 pagi dekat gambar sebelum hantar ke kedai dia. Last-last diorang terpaksa bagi balik seketul coco aku. Buat-buat berlakon cari, memang ada lah ceritanya.

sajagempak.com - Gelang Makin Ketat Selepas Dibaiki, Wanita Sedar Dirinya Sudah Kena Tipu

Kejadian seumpama ini membuatkan dia berasa menyesal dan tidak lagi mahu menggunakan servis yang ditawarkan oleh kedai tersebut.

Memang aku tak akan masuk dah kedai emas tu. Kaki penipu.

Sumber: Ikafariha Fariha

Facebook Comments Box