Gempar Jumpa Buaya Tembaga Mengeram Telur Dalam Parit

Kehadiran seekor buaya tembaga sedang mengeram telur di dalam parit di Kampung Labohan Dagang, Banting, di sini, menggemparkan penduduk hari ini.sajagempak.com - Gempar Jumpa Buaya Tembaga Mengeram Telur Dalam Parit

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, reptilia ganas sepanjang tiga meter berkenaan dipercayai sedang mengeram 45 biji telur.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Langat, Kapten (PA) Riduan Nordin berkata, sepasukan enam pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada 12.15 tengah hari.

sajagempak.com - Gempar Jumpa Buaya Tembaga Mengeram Telur Dalam Parit

“Tiba di lokasi, kami mendapati buaya itu masih mengeram telur. Apabila cuba ditangkap, reptilia itu bertindak agresif dipercayai untuk melindungi telurnya.

sajagempak.com - Gempar Jumpa Buaya Tembaga Mengeram Telur Dalam Parit

“Melihat keadaan itu, kami menggunakan dua tali khas untuk mengikat mulut dan ekor buaya berkenaan. Proses menangkap buaya ini mengambil masa 30 minit dan operasi tamat pada 1.30 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap buaya berkenaan.

sajagempak.com - Gempar Jumpa Buaya Tembaga Mengeram Telur Dalam Parit

“Kita percaya buaya ini datang dari Sungai Labohan dan menyusuri parit sejauh tiga kilometer untuk mengeram telurnya.

“Reptilia itu dan telurnya kemudian dibawa menggunakan lori ke Pejabat APM Daerah Kuala Langat,” katanya.

sajagempak.com - Gempar Jumpa Buaya Tembaga Mengeram Telur Dalam Parit

Beliau berkata, reptilia itu dijangka diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut, esok. – Harian Metro

Facebook Comments Box