Meskipun mentaliti masyarakat dan pengguna jalan raya di negara kita masih di tahap yang boleh diterima tetapi sikap segelintir pengguna yang mementingkan diri sendiri dan bertindak sesuka hit di jalan raya amatlah mengecewakan.
Contohnya speerti yang berlaku baru-baru ini dalam satu video perkongsian lelaki yang dikenali sebagai Wan Johan Ariff yang membuatkan netizen menjadi bengang
Dalam video perkongsiannya, seorang pemandu kereta Myvi membuang sampah yang seakan-akan kotak pembungkusan rokok di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dan jem.
Lelaki ini yang geram dan bengang dengan tindakan pemandu tersebut yang membuang sampah di depan matanya kemudian segera keluar dari keretanya.
Kutip sampah dan pulangkan semula kedalam kereta MyviLelaki ini kemudian mengutip sampah yang dibuang pemandu tersebut dan memulangkan dengan membuang sampah itu masuk semula kedalam kereta pemandu itu menerusi tingkap kereta yang terbuka. Lelaki ini juga sempat memberikan sepatah dua kata teguran buat pemandu tersebut.
VIDEO:
Rata-rata netizen menyokong tindakan lelaki ini dan mereka juga turut geram dengan tindakan pemandu berkenaan yang sesuka hati membuang sampah di jalan raya.
Antara komen-komen netizen:
Tidak lupa juga, netizen turut memuji lelaki ini yang berani menegur perbuatan pemandu kereta Mvyvi tersebut.
Kredit: Wan Johan Arif