Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Main Game, Isteri Tekap Muka Suaminya Dengan Gam Tikus.

Tabiat seorang suami yang terlalu obses dengan permainan Mobile Legend tidak disenangi oleh isterinya hingga menyebabkannya bertindak diluar batasan kerana marah. Kerana merasa dirinya sering diabaikan, seorang isteri bertindak melekatkan gam tikus di muka suaminya yang sedang bermain  Mobile Legend!Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Main Game, Isteri Tekap Muka Suaminya Dengan Gam Tikus - sajagempak.com

Berdasarkan laporan Daily Mail, si isteri sudah tidak dapat menahan sabar kerana sering diabaikan suaminya yang terlalu obses dengan permainan tersebut.

Kerana sudah tidak dapat tahan sabar lagi, si isteri akhirnya mengambil keputusan untuk memberi pengajaran kepada suaminya dengan cara yang agak kasar.Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Main Game, Isteri Tekap Muka Suaminya Dengan Gam Tikus - sajagempak.com

Ketika kejadian si isteri dikatakan datang menghampiri sambil memegang sekeping kertas yang dipercayai sudah disapu dengan gam tikus, sebelum bertindak menampal kertas itu ke muka suaminya tanpa berfikir panjang.Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Main Game, Isteri Tekap Muka Suaminya Dengan Gam Tikus - sajagempak.com

Si suami yang terkejut dengan perbuatan isterinya kemudiannya terus berhenti bermain games dan cuba menanggalkan gam tikus yang melekat di wajahnya. 

Tapi si isteri bahkan hanya ketawa melihat suaminya yang bengang dengan kelakuannya. Malah si isteri  juga tidak mahu membantunya mencabut atau membuang gam yang melekat di muka suaminya.Geram Sering Diabaikan Suami Yang Obses Main Game, Isteri Tekap Muka Suaminya Dengan Gam Tikus - sajagempak.com

Kejadian tersebut dengan pantas menjadi tular di media sosia dan menimbulkan pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

VIDEO:

Beberapa orang pengguna wanita juga turut menggunakan kejadian tersebut sebagai peringatan buat pasangan mereka yang suka bermain games agar tidak terlalu obses, jika tidak mahu menerima nasib yang sama seperti lelaki berkenaan.

 

Facebook Comments Box