Gusi Anak Bengkak Bernanah, Doktor Periksa Ada ‘Ubat Stapler’ Dalam Gusinya

Sesetengah peniaga sering mengambil jalan yang mudah dan menjimatkan kos terutama sekali dalam aspek pembungkusan makanan. Stapler menjadi pilihan utama mereka untuk membungkus makanan seperti sos dan yang sering kita jumpa pada bungkusan pulut panggang.sajagempak.com - Gusi Anak Bengkak Bernanah, Doktor Periksa Ada ‘Ubat Stapler’ Dalam Gusinya

Walaupun ia kelihatan merupakan perkara yang remeh tetapi banyak kemungkinan yang bakal terjadi kepada pelanggan mereka terutama sekali kanak-kanak yang sememangnya menjadi lumrah mereka tidak memeriksa apa yang ingin dimasukkan dalam mulut.

Posting terbaru Public Health Malaysia di laman Facebook mereka ada berkongsikan nasib seorang kanak-kanak yang mengalami masalah gusi sehingga bengkak dan bernanah yang disebabkan dawai stapler termasuk dalam gusi.

Seorang kanak kanak perempuan dirujuk ke pakar pergigian kerana mengalami sakit dan bengkak digusi. Pemeriksaan mendapati, terdapat bengkak yang telah bernanah di gusi pesakit tersebut.

Imbasan xray menunjukkan terdapat imej yang gelap- yang menunjukkan kehadiran bendasing di dalam nanah tersebut.

Bengkak tersebut dicucuk dan air nanah di keluarkan. Rupanya terdapat dawai stapler yang tertusuk di celah gigi sehingga ke akar gigi pesakit.

sajagempak.com - Gusi Anak Bengkak Bernanah, Doktor Periksa Ada ‘Ubat Stapler’ Dalam Gusinya

Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing didalam makanan.

Untuk mencegah kejadian berisiko ini,

Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan stapler.
Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan

Oleh itu, sebagai seorang pembeli, anda mestilah sentiasa berhati-hati dalam pemilihan makanan manakala pengendali harus memikirkan alternatif lain untuk membungkus makanan.

sajagempak.com - Gusi Anak Bengkak Bernanah, Doktor Periksa Ada ‘Ubat Stapler’ Dalam Gusinya

Dawai stapler/ dawai kokot di anggap sebagai “food hazard” dan tidak sesuai untuk di gunakan sebagai kaedah pembungkusan makanan.

Sumber: Public Health Malaysia

Facebook Comments Box