Haiwan Aneh Menyerupai Anak Naga Ditemui Di Celah-Celah Batu

Seorang lelaki telah menemui sejenis haiwan aneh tidak dikenali yang tidak pernah dilihatnya selama ini. Apa yang mengejutkannya adalah rupa bentuk haiwan itu yang menyerupai anak naga  seperti yang sering terpapar di movie. Haiwan Aneh Menyerupai Anak Naga Ditemui Di Celah-Celah Batu - sajagempak.com

Selain itu juga, rupa bentuknya juga ada kelihatan seperti tenggiling. Namun sebenarnya haiwan aneh yang ditemui oleh lelaki ini adalah salah satu spesis cicak ‘rare’ yang dikenali sebagai cicak Armadillo.

Difahamkan, lelaki ini menemuinya cicak Armadillo ini yang ketika itu berada di celah-celah retakan batu.

Lelaki ini agak terkejut apabila ketika menemui haiwan itu, cicak ini langsung tidak cuba melarikan diri dengan bersembunyi dan sebagainya.

Haiwan Aneh Menyerupai Anak Naga Ditemui Di Celah-Celah Batu - sajagempak.com

Namun, ia akan menggigit ekornya sebelum menggulungkan badan menjadi bola dan bergolek untuk melarikan diri. Disebabkan itu, cicak armadillo turut diberikan gelaran lain iaitu ‘cicak gigit ekor’.

Penemuan tersebut membuatkan lelaki ini ingin tahu dengan lebih mendalam tentang haiwan tersebut. Dikatakan spesies cicak armadillo ini berasal di kawasan batu pasir yang terletak di Afrika Selatan.

Haiwan Aneh Menyerupai Anak Naga Ditemui Di Celah-Celah Batu - sajagempak.com

Walaupun haiwan ini memiliki bentuk badan yang pelik, ianya seringkali dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Sisik yang terdapat pada badan cicak armadillo turut membuatkan orang sering tersalah anggap haiwan ini sebagai tenggiling.

Satu lagi fakta menarik mengenai spesies armadillo ini adalah ia tidak mengawan dengan terlalu kerap. Jadi, haiwan-haiwan ini boleh hidup sendirian tanpa adanya pasangan.

Secara tak langsung, kadar pembiakan cicak armadillo juga agak perlahan, dilaporkan hanya satu hingga dua ekor sahaja dalam setahun.

Haiwan Aneh Menyerupai Anak Naga Ditemui Di Celah-Celah Batu - sajagempak.com

Di samping itu, terdapat segelintir manusia sanggup berhabis duit yang banyak semata-mata untuk mendapatkan haiwan unik ini. Beberapa tahun kebelakangan, berlaku peningkatan aktiviti penjualan dan mengeksport cicak armadillo ini.

Cicak ini meskipun bagi sesetengah manusia, ianya kelihatan agak mengerikan dan tidak ramai yang berani mendekatinya tetapi cicak ini sebenarnya boleh mengubah tingkah lakunya setelah membiasakan diri dengan manusia.

Pendek kata, jika cicak armadillo ini biasa hidup dengan manusia, cicak ini tidak akan begitu cenderung untuk bersembunyi melarikan diri atau menggulungkan badannya demi melindungi diri daripada manusia.Haiwan Aneh Menyerupai Anak Naga Ditemui Di Celah-Celah Batu - sajagempak.com

Namun begitu, adalah lebih elok jika kita (manusia) tidak mengganggu spesis cicak yang diancam kepupusan ini dan membiarkan sahaja mereka hidup di habitat mereka.

 

Facebook Comments Box