‘Haiwan Pun Tak Berani Datang Dekat..’ – Penduduk Gempar Air Sungai Berubah Merah Seakan Darah

‘Sampai Haiwan Pun Tak Berani Datang Dekat..’ – Penduduk Gempar Air Sungai Berubah Merah Seperti Darah.sajagempak.com - 'Sampai Haiwan Pun Tak Berani Datang Dekat..' - Penduduk Gempar Air Sungai Berubah Merah Seperti Darah

Penduduk tempatan gempar melihat air sungai di bandar Kemerovo, rantau Siberia, Rusia bertukar menjadi merah seperti darah baru-baru ini, lapor akhbar The Sun.

Beberapa penduduk berkata, tiada seekor haiwan pun mendekati sungai tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangan mereka bahawa bahawa air su­ngai itu beracun.

“Warna air sungai itu seperti sup borscht (sup tempatan yang dihasilkan daripada ubi bit me­rah) dan ia mungkin lebih beracun daripada yang kami sangka,” kata seorang penduduk setempat.

“Ia bukan lagi sungai tetapi kelihatan seperti jeli kranberi,” kata seorang penduduk, Elena Dubrovskaya.

sajagempak.com - 'Sampai Haiwan Pun Tak Berani Datang Dekat..' - Penduduk Gempar Air Sungai Berubah Merah Seperti Darah

Sementara itu, Timbalan Ga­benor Kemerovo, Andrei Panov berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian tersebut selepas menerima aduan penduduk.

Katanya, perubahan warna sungai itu disebabkan air yang tidak mengalir, namun bahan kimia yang menyebabkannya bertukar menjadi merah masih belum dapat dipastikan.

“Sistem pengaliran air di ban­dar ini yang tersumbat dipercayai menjadi punca pencemaran sungai tersebut.

sajagempak.com - 'Sampai Haiwan Pun Tak Berani Datang Dekat..' - Penduduk Gempar Air Sungai Berubah Merah Seperti Darah

“Polis telah diarahkan untuk memburu pihak bertanggungjawab yang menyebabkan kejadian ini dan mereka yang bersalah akan dihadapkan ke muka peng­adilan,” katanya.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengetahui sama ada air tersebut berisiko menda­tangkan sebarang masalah ke­si­hatan kepada penduduk di ban­dar itu atau sebaliknya. – Kosmo!

Facebook Comments Box