Hampir Kena Gilis Budak Tu, Pemandu Kereta Axia Melanggar Motosikal Di Stesen Minyak. Seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis kereta di sebuah stesen minyak dan video kejadian itu juga tersebar di media sosial.
Difahamkan, mangsa bersama ibunya pergi ke stesen minyak berkenaan di Lutong, Miri pada jam 9 pagi 23 Januari 2020, untuk mengisi minyak motosikal.
Ketika sedang mengisi minyak, mangsa berada di belakang motosikal dan datang sebuah kereta Perodua Axia yang berhenti di belakang dua beranak itu untuk menunggu gilirannya.
Namun secara tiba-tiba Axia itu bergerak ke depan lalu melanggar kanak-kanak itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok di bawah kereta serta hampir digilis tayar kenderaan.
Mujur pemandu Axia sempat memberhentikan kenderaannya lalu segera berundur.
Mangsa yang berada dalam keadaan terus bangun dan diambil oleh ibunya. Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu turut datang memberi bantuan.
Pemandu Axia seolah-olah tergamam dan hanya duduk di dalam kereta sambil dimarahi orang awam. Menyedari dirinya cuai, dia kemudian keluar dari kereta untuk meminta maaf.
Di media sosial, netizen tidak menolak kejadian itu berlaku di atas kecuaian pemandu yang besar kemungkinan tidak menarik brek tangan atau tertekan pedal minyak. Tidak kurang juga yang mendakwa pemandu itu mungkin leka bermain telefon bimbit.
Arifi Futra:
Bangang punya driver mcm x da rasa perasaan bersalah apa tah lagi rasa belas kasihan bila sdh langgar..mungkin tidak disengajakan tapi keluar lah segera tengok keadaan org yg kena langgar..
Suhardy Othman:
Ada lesen ke tak…..bodoh,dalam petak kuning baik ada kenderaan motosikal atau kereta ke,kenderaan yg kemudian harus tunggu diluar petak….
Raja Belantara:
Mesti gear auto…tertekan..apa2 pun..x kira la auto ka ..manual ka..keselamatan diutamakan
EL Kho Meng:
Thats y ada petak parking ya yg disediakan di sia… Apabila kenderaan lain sdang mengisi minyak kenderaan, pastikan jarak kereta anda yg menunggu di belakang ya jauh sikit…. Ok..