Hantaran RM20K Mak Dia Minta, Dah Kumpul RM10K, Tup-tup Kantoi Dia Curang. Orang lelaki bila bersungguh kerja kumpul duit nak kahwin, maksudnya dia betul-betul sayang lah tu kat perempuan itu.
Tapi bagaimana agaknya perasaan bila duit hantaran dah separuh berjaya dikumpul, sekali teman wanita pula kantoi curang. Pastinya sangat sakit.
Begitulah situasi dilalui Eqram Ibrahim yang berkongsi kisah dikecewakan teman wanitanya yang mahu dijadikan suri hatinya menerusi satu bebenang di Twitternya.
Perkongsian tersebut meraih 9,000 ulang kicau dan 18,600 tanda suka.
Menurut Eqram, dia berkongsi kisah memeritkan itu kerana ingin meluahkan rasa kecewa yang terbuku di hati.
” Saya just nak luah apa yang saya rasa. Saya penat-penat kumpul duit tapi tiba-tiba dapat tahu dia cvrang. Memang sakitlah.
” Masa PKP dia beritahu mak dia minta hantaran kahwin RM20k. Jadi saya start lah kumpul sikit-sikit sebab memang saya serius nak kahwin.
” Bila dah cukup RM10k tahu-tahu dia ada orang lain. Dia terkantoi tiga, empat hari lepas,” katanya.
Bagaimana cara kumpul wang dalam masa singkat?
Tweet tersebut turut mendapat perhatian kerana ramai tertanya-tanya cara Eqram mengumpul wang tersebut dalam masa yang singkat.
Jelas Eqram yang juga penasihat perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat elektronik, dia sebenarnya sudah mempunyai wang simpanan dan bersyukur kerana rezeki perniagaannya tidak putus-putus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan pada 4 Mei lalu.
” Saya sebenarnya dah ada saving untuk kahwin. Kiranya bulan Ogos tahun lepas dah start kumpul. Masa tu saya dah ada RM6k.
” Lepas PKP dilonggarkan, Alhamdulillah rezeki banyak masuk, ramai customer datang, masa tu saya dapat kumpul RM4K,” katanya yang turut menyediakan perkhidmatan membaiki barangan elektronik.
Wang hantaran yang berjaya dikumpul Eqram.
Serik ditinggalkan, Eqram berkata dia akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selepas ini.
” Memang lepas ni saya kena berhati-hati nak mengenali seseorang. Saya ni susah nak sayang kat seseorang tapi once dah sayang memang susah nak tinggalkan.
Asyik kena tinggal, Eqram nekad kahwin terus lepas ni
” Jujur saya cakap pengalaman ditinggalkan selalu terjadi kat saya. Kali ni saya nekad nak kahwin terus tu yang frust sangat-sangat.
Eqram sudah memutuskan hubungan dengan teman wanitanya itu.
” Memang perasan sayang tu ada lagi tapi nak buat macam mana saya kena move on, kena banyak bersabar. Saya reda ketentuan Allah,” katanya.
Mengenai wang hantaran tersebut, pemuda berusia 21 tahun itu berkata dia mahu berkongsi rezeki itu bersama keluarganya.
” Duit tu saya akan spend untuk famili sebab selama ni pun saya busy kerja, lama tak balik kampung.
” Mungkin buat makan atau pergi travel dengan famili. Saya akan utamakan mereka kerana apa-apa yang jadi baik buruk kita famili je yang ada di sisi,” akhiri Eqram.