“Hanya Nak Tolong Promosikan Kawasan Ini..” – Salma

Bukan saja tidak meminta kebenaran merakam gambar, seorang model wanita berpakaian seksi ala ratu Cleopatra di kawasan piramid dan arkeologi bersejarah di Mesir.sajagempak.com - "Hanya Nak Tolong Promosikan Kawasan Pelancongan.." - Salma

Akibatnya, dia ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin 500 Pound Mesir (kira-kira RM130).

Model terbabit, Salma Al Shimi membangkitkan kemarahan ramai apabila mendedahkan gambar dia berpakaian tidak senonoh di barisan Piramid dan monumen bersejarah lain di Giza, selatan Kaherah.

Wanita itu dan jurugambarnya ditahan awal minggu ini kerana merakam gambar tanpa kebenaran sebelum kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin.

Bagaimanapun Salma mempertahankan dirinya dengan menyatakan tindakannya itu bagi membantu promosi kawasan pelancongan selepas penemuan keranda kuno di Saqqara.

sajagempak.com - "Hanya Nak Tolong Promosikan Kawasan Pelancongan.." - Salma

“Saya membuat sesi rakaman foto untuk mempromosikan kawasan ini selepas penemuan 52 keranda lama di kawasan itu. .

“Saya rasa sangat kecewa dengan kes ini. Tetapi saya yakin akan mendapat jalan penyelesaian kerana saya tidak buat salah,” katanya kepada akhbar Al Youm Al Saba.

Pihak berkuasa arkeologi mengecam gambar tidak sopan di tempat tidak sesuai sebelum melaporkan kejadian kepada pendakwa raya untuk penahanan wanita dan jurugambarnya itu.

Seorang peguam bebas Society’s Purge, sebuah kumpulan pertubuhan bukan kerajaan, memfailkan saman terhadap model fesyen berkenaan atas pertuduhan menghina peradaban kuno Mesir.

sajagempak.com - "Hanya Nak Tolong Promosikan Kawasan Pelancongan.." - Salma

Siasatan polis mendedahkan, Salma memasuki kawasan arkeologi itu dengan memakai jubah hitam sambil ditemani jurugambar peribadinya itu.

Namun, dia sebenarnya memakai kostum pakaian Mesir Kuno yang seksi di dalam jubah hitam itu.

Mesir baru-baru ini menambah baik pelbagai laman arkeologi dalam usaha membangunkan industri pelancongan.

-Harian Metro

Facebook Comments Box