Harimau Muncul Seakan Cuba Menghalang Kerja Penebangan Pokok Di Hutan

Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan yang semakin menjadi-jadi boleh menjadi punca haiwan-haiwan kehilangan habitat tempat tinggal mereka. Akibatnya, semakin kerap haiwan-haiwan ini contohnya seperti harimau yang dilihat berkeliaran di kawasan lain termasuk di kawasan penempatan manusia.Harimau Muncul Seakan Cuba Menghalang Kerja Penebangan Pokok Di Hutan - sajagempak.com

Baru-baru ini tular mengenai seekor harimau sumatera yang muncul ketika pekerja dari sebuah syarikat perladangan di Kabupaten Pasaman Barat, Sumatera Barat sedang melakukan kerja-kerja pembukaan tanah.

Kemunculan harimau itu seakan-akan mahu menghalang para pekerja daripada menebang pokok-pokok di dalam hutan berkenaan.

Rakaman harimau sumatera itu yang diambil oleh pekerja yang berada dalam jengkaut kemudiannya tersebar luas di media-media sosial. Dikatakan ada dua video yang dirakam dimana mana video pertama diambil dari sisi jengkaut tersebut. Harimau itu kelihatan berdiri di atas tanah bekas hutan yang dipenuhi dengan jentolak.Harimau Muncul Seakan Cuba Menghalang Kerja Penebangan Pokok Di Hutan - sajagempak.com

Harimau itu kemudiannya dilihat berjalan dan kemudiannya berbaring sambil memerhatikan gerak-geri pekerja. Dalam satu lagi video, harmau tersebut dilihat seakan cuba menghalang pokok-pokok daripada ditarik oleh jengkaut.

Berita mengenai kemunculan harimau sumatera tersebut kemudiannya disahkan oleh Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sumatera Barat, Ardi Andono dan pasukannya telah diarahkan ke lokasi tersebut.Harimau Muncul Seakan Cuba Menghalang Kerja Penebangan Pokok Di Hutan - sajagempak.com

“Betul, itu harimau Sumatera yang keluar dari habitatnya dan merasa terganggu oleh kegiatan pembukaan tanah yang dilakukan oleh dua jengkaut.

“Lokasi itu belum dapat dipastikan tetapi ia kemungkinan di PT Sinar Halomoan (Pasaman Barat),” ujarnya.

Ini bukanlah pertama kali harimau Sumatera dilihat muncul di kawasan berkenaan, malah pada Julai 2021, seekor lagi harimau Sumatera dilihat muncul di kawasan ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat di Sungai Aur, Kabupaten Pasaman Barat.

VIDEO:

Dalam masa seminggu kemudian, harimau tersebut telah ditangkap sebelum kemudiannya dilepaskan ke Hutan Simpan Panti Batang Gadis, Kabupaten Pasaman Barat.

 

Facebook Comments Box