Hasut Rakan Agar Bercerai Dengan Suami Dan Cari Pasangan Lain, Wanita Didenda RM55 Ribu

Seorang wanita menerima padah apabila menghasut rakannya supaya bercerai dengan suami, malah wanita itu juga turut menghasutnya supaya mencari pasangan lain.Hasut Rakan Agar Bercerai Dengan Suami Dan Cari Pasangan Lain, Wanita Didenda RM55 Ribu -  sajagempak.com

Akibatnya, wanita berkenaan didenda sebanya 50,000 Saudi Riyal (kira-kira RM55,196) di mahkamah.

Gulf News melaporkan mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh bersalah kerana cuba menghancurkan rumah tangga rakannya.

Lebih teruk lagi apabila tertuduh menghasut rakannya mencari pasangan lain.

Keputusan hakim itu memberi kemenangan kepada si suami yang memfailkan saman dan menuntut ganti rugi terhadap wanita berkenaan.Hasut Rakan Agar Bercerai Dengan Suami Dan Cari Pasangan Lain, Wanita Didenda RM55 Ribu -  sajagempak.com

Ia dibuat selepas dia berang apabila menyedari ada cubaan untuk memporak-perandakan rumah tangganya.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa tertuduh turut menghasut dan mendesak isterinya supaya tidak mentaatinya.

“Dia turut menasihatkan isteri saya supaya mencari pasangan yang lebih baik.

“Malah, dia juga mendesak isteri saya supaya tunjukkan kepada saya siapa yang lebih berkuasa.

“Jelas sekali, dia ada niat untuk menghancurkan rumah tangga kami,” katanya.

Berikutan itu, hakim turut menasihati pasangan berkenaan untuk sentiasa mempertimbangkan nasihat yang diperoleh daripada pihak lain.Hasut Rakan Agar Bercerai Dengan Suami Dan Cari Pasangan Lain, Wanita Didenda RM55 Ribu -  sajagempak.com

“Mereka diminta meneliti terlebih dahulu mana-mana nasihat yang harus diambil perhatian serius dan apa nasihat perlu diabaikan,” katanya.

Tindakan itu perlu bagi menutup ruang kepada pihak ketiga yang cuba merosakkan hubungan mereka.

Facebook Comments Box