Hidung Bertukar Jadi Hitam Dan Berbau Busuk, Wanita Pasrah Hilang ‘Job’ Berlakon

Seorang pelakon China berkongsi gambar hidungnya bertukar hitam selepas menjalani pembedahan plastik.sajagempak.com - Hidung Bertukar Jadi Hitam Dan Berbau Busuk, Wanita Pasrah Hilang 'Job' Berlakon

Gao Liu berkongsi gambar selepas prosedur pembedahan dilakukan di platform Weibo, yang menunjukkan sebahagian hidungnya bertukar hitam dipercaya akibat daging membusuk.

Menulis kepada lima juta pengikutnya di platform berkenaan, Gao berkata, pengalaman itu menyebabkannya rasa seperti mahu membnuh diri dan mengakibatkannya kehilangan beberapa peluang lakonan.

 

“Saya sangka pembedahan selama empat jam itu akan menjadikan saya lebih cantik, namun rupa-rupanya ia adalah permulaan mimpi ngeri,” katanya.

sajagempak.com - Hidung Bertukar Jadi Hitam Dan Berbau Busuk, Wanita Pasrah Hilang 'Job' Berlakon

Pembedahan plastik dilihat semakin mendapat tempat di China dengan lebih 15.2 juta individu memilih untuk menjalankan prosedur berkenaan tahun lalu, menurut laporan dari firma penyelidikan pasaran China, iiMedia.

 

Gao berkata, dia membuat keputusan untuk menjalani prosedur itu bagi meningkatkan kerjayanya sebagai pelakon.

sajagempak.com - Hidung Bertukar Jadi Hitam Dan Berbau Busuk, Wanita Pasrah Hilang 'Job' Berlakon

Namun, langkah pertama yang sepatutnya hanya membabitkan pengubahsuaian kecil pada bahagian hujung hidung, kemudiannya bertukar kepada beberapa pembedahan susulan.

Katanya, dia dimasukkan ke hospital selama 61 hari dan kehilangan 400,000 yuan (kira-kira RM252,000) nilai kerja.

sajagempak.com - Hidung Bertukar Jadi Hitam Dan Berbau Busuk, Wanita Pasrah Hilang 'Job' Berlakon

 

Media China melaporkan, biro kesihatan tempatan di Guangzhou menjelaskan bahawa pihaknya kini menyiasat kejadian berkenaan.

iiMedia melaporkan, hanya sekitar 12 peratus daripada lebih 13,000 klinik kecantikan di China mematuhi peraturan dan undang-undang.

sajagempak.com - Hidung Bertukar Jadi Hitam Dan Berbau Busuk, Wanita Pasrah Hilang 'Job' Berlakon

Kebanyakan yang mendapatkan rawatan adalah di kalangan wanita muda, yang terpengaruh dengan standard kecantikan dipaparkan selebriti dan pempengaruh dalam talian. – Harian Metro

Facebook Comments Box