Hilang 28 Tahun Tanpa Kesan, Hotel Misteri Muncul Semula Di Pantai Tanpa Disedari Sesiapa

Penduduk digemparkan dengan berita sebuah vila misteri tiba-tiba muncul dan ditemui terdampar di sebuah pantai di Costa de Sol, El Salvador.Hilang 28 Tahun Tanpa Kesan, Hotel Misteri Muncul Semula Di Pantai Tanpa Disedari Sesiapa

 

Kewujudan vila itu secara tiba-tiba di Pantai La Puntilla baru-baru ini membuatkan para penduduk bingung dan keliru. Terdapat persoalan yang sangat bermisteri bermain di fikiran mereka, iaitu bagaimana vila tersebut boleh berada di situ dan terdampar di pantai.

Keadaan vila itu adalah sangat usang dan rosak sana sini, namun tiada sesiapa yang mengetahui macam mana vila itu boleh tiba-tiba wujud di pantai yang selalu dikunjungi orang awam tanpa disedari oleh sesiapapun.Hilang 28 Tahun Tanpa Kesan, Hotel Misteri Muncul Semula Di Pantai Tanpa Disedari Sesiapa

Terdapat sumber kuat daripada beberapa penduduk tempatan yang mendakwa vila itu adalah sebuah hotel yang dikenali sebagai Hotel Puerto Ventura kira-kira 28 tahun lalu. Teori itu diperkuatkan lagi dengan dakwaan vila itu ‘hilang’ kerana dihanyutkan ke tengah laut dalam bencana taufan Mitch yang membadai El Salvador lebih 20 tahun yang lepas yang mengorbankan lebih 9000 nyawa pada tahun 1998.

Hotel Puerto Ventura yang didirikan berpuluh tahun dahulu dibina hanya beberapa meter dari laut dan sekali gus menguatkan kemungkinan bahawa ianya musnah disebabkan dihanyut oleh ombak laut taufan. Dan kemungkinan secara kebetulan selepas 28 tahun, ianya dihanyutkan semula ke pantai tersebut.Hilang 28 Tahun Tanpa Kesan, Hotel Misteri Muncul Semula Di Pantai Tanpa Disedari Sesiapa

“Mereka membinanya terlalu dekat dengan pantai. Mereka juga tidak membuat permohonan rasmi kepada pihak berkuasa untuk membinanya dan itulah akibatnya,” menurut seorang penduduk tempatan.

Vila berkenaan kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong luar ke pantai berkenaan dan kebanyakan pengunjung mahu mengambil foto berlatarkan vila itu hinggakan ada yang memanjat tingkat atas vila tersebut.Hilang 28 Tahun Tanpa Kesan, Hotel Misteri Muncul Semula Di Pantai Tanpa Disedari Sesiapa

Meskipun begitu, penduduk setempat sebenarnya tidak berani untuk mendekati vila tersebut, apatah lagi masuk kedalamnya kerana takut. Selain itu, terdapat beberapa kisah-kisah yang menyeramkan mengenai vila tersebut yang turut membuatkan penduduk tempatan menjauhi tempat tersebut.

Menurut seorang penduduk tempatan, seorang lelaki berkulit gelap tidak dikenali pernah dilihat berkeliaran di sekitar vila tersebut, malah beberapa kanak-kanak memberitahu mereka ada ternampak lelaki tersebut pada waktu malam tanpa diketahu motifnya.

VIDEO:

Kredit: Nangtime.com

Facebook Comments Box