Hilang Di Airport Selepas Mendarat, Kucing Kesayangan Berjaya Ditemui Semula Selepas 2 Minggu Lebih

Pada 24 Jun lalu, satu pasangan suami isteri, Patty Sahli dan Rick telah pulang ke Amerika Syarikat selepas berkhidmat selama 15 tahun dalam pasukan tentera di Jerman. Mereka pulang dengan membawa bersama kucing peliharaan mereka yang dikenali sebagai Rowdy. Hilang Di Airport Selepas Mendarat, Kucing Kesayangan Berjaya Ditemui Semula Selepas 3 Minggu - sajagempak.com

Sebaik sahaja kapal terbang mendarat, kucing mereka yang berusia 4 tahun didapati terlepas dari kurungan, dan dipercayai mahu mengejar burung. Akibatnya, kucing itu kemudian hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston, Amerika Syarikat.

Satu operasi pencarian dilakukan untuk mencari dan menangkap kucing itu dengan melibatkan puluhan petugas lapangan terbang dan kru penerbangan Lufthansa, pekerja binaan doi lokasi dan juga pekerja dari pusat kebajikan haiwan yang berhampiran.

Amboi, dahsyat betul kucing ni kan, sampai banyak macam tu orang nak cari dia. Sebenarnya kucing itu bukanlah hilang tanpa dikesan, tetapi kelibatnya seringkali kelihatan tetapi kerapkali terlepas apabila mahu ditangkap.

Difahamkan, kamera hidupan liar dan perangkap selamat juga digunakan bagi mencari kucing tersebut.

 Hilang Di Airport Selepas Mendarat, Kucing Kesayangan Berjaya Ditemui Semula Selepas 3 Minggu - sajagempak.com

Proses pencarian kucing itu berterusan sehingga dua minggu lebih hinggalah satu hari kucing bernama Rowdy. itu seolah-olah datang untuk menyerah diri dan membiarkan dirinya ditangkap.

“Sama ada akibat keletihan atau kelaparan, kami tidak pasti. Namun pada pagi ini ia akhirnya membiarkan dirinya ditangkap,” ujar jurucakap lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik kucing itu sangat gembira apabila mendapat perkhabaran mengenai kucing kesayangan mereka yang berbulu hitam itu sudah berjaya ditemui.

 Hilang Di Airport Selepas Mendarat, Kucing Kesayangan Berjaya Ditemui Semula Selepas 3 Minggu - sajagempak.com
Sahli dan Rick

“Saya seakan tidak percaya, ingatkan peluang tipis untuk menemuinnya kembali tetapi apabila menerima panggilan daripada pihak airport, saya sangat terkejut” – luah Patty Sahli.

Kucing itu bagaimanapun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ia boleh dipulangkan kepada pemiliknya. Walabagaimanapun, apa yang penting adalah kucing itu berjaya ditemui dandisatukan semula dengan tuannya.

Pujian juga harus diberikan kepada semua pihak yang bekerjasama mencari dan menangkap kucing tersebut. – SAJA GEMPAK

Facebook Comments Box