Hilang Sumber Pendapatan, Lelaki Mahu Jual TV Untuk Beli Beras, Barangan Dapur

BALING – “Saya nak jual televisyen ini, harganya hanya RM100. Duit itu nanti bolehlah saya beli barangan keperluan dapur.”sajagempak.com - Hilang Sumber Pendapatan, Lelaki Mahu Jual TV Untuk Beli Beras, Barangan Dapur

Situasi inilah ditanggung Mohd. Nasir Din, 38, yang tinggal di Kampung Teluk Teduri di sini selepas tidak mempunyai sumber pendapatan sejak dua bulan lalu.

Televisyen jenama Sharp berukuran 29 inci itu diberikan kakaknya itu ingin dijual pada harga RM100. Menurut Mohd. Nasir, dia tidak mempunyai pilihan lain sebab memerlukan wang untuk membeli barangan makanan harian.

Katanya, walaupun dia hanya tinggal bersama isteri, Suhaida Mohd. Ghazali, 33, kerana masih belum dikurniakan anak, barangan makanan tetap perlu disediakan.

sajagempak.com - Hilang Sumber Pendapatan, Lelaki Mahu Jual TV Untuk Beli Beras, Barangan Dapur

“Kami pernah tidak makan nasi kira-kira seminggu kerana tidak mempunyai duit untuk membeli beras dan terpaksa tunggu isteri saya yang bekerja kilang mendapat gaji hujung bulan,” katanya di sini.

Mohd. Nasir memberitahu, dia hilang pendapatan selepas tidak dapat bekerja di sebuah bengkel besi selepas pergelangan tangan kirinya patah akibat terjatuh ketika memasang bumbung sebuah rumah di sini dua bulan lalu.

Selain itu katanya, dia juga perlu mencari wang RM2,600 untuk memasang besi di pergelangan tangan kirinya yang patah dalam tempoh terdekat ini.sajagempak.com - Hilang Sumber Pendapatan, Lelaki Mahu Jual TV Untuk Beli Beras, Barangan Dapur

Pada masa sama tambahnya, dia juga membantu isterinya menjual kerepek dan ikan pekasam yang diambil daripada rakan-rakan kilangnya untuk mencari pendapatan tambahan.

“Isteri saya merupakan orang kurang upaya (OKU), mempunyai masalah pertuturan. Dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu Mohd. Nasir dan Suhaida boleh menghubungi mereka di talian 010-8018540. -UTUSAN ONLINE

Facebook Comments