Dari dulu hingga sekarang, ramai orang suka menilai seseorang itu melalui pekerjaannya malah ada beberapa pekerjaan yang mereka suka pandang rendah. Seperti yang dialami oleh wanita ini yang bekerja sebagai pengawal keselamatan diminta untuk menukar pekerjaannya.
Ibu tunggal dua anak yang dikenali sebagai Nurul Nazifah ini diminta untuk menukar kerja kepada pekerjaan yang diangggap lebih menjamin masa depan berbanding pengawal keselamatan. Namun dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa memilih kerjaya tersebut dan menjelaskannya dalam video perkongsiannya.
Baginya tidak salah untuk bekerja sebagai sebagai pengawal keselamatan berbanding hanya duduk di rumah dan tidak menjana pendapatan
“Hina sangat ke kerja saya ni? Kerja mana-mana pun takpe, asalkan duit masyuk. Daripada duduk rumah goyang kaki, tak dapat hasil,” katanya.
Menurut wanita berusa 23 tahun ini lagi, dia melakukan 3 pekerjaan termasuk perniagaan demi mencari pendapatan bagi menyara ahli keluarga dan anak-anaknya yang masih kecil.
“Kerja yang lebih baik macam mana? Macam ni, saya bekerja security sepenuh masa tapi dalam masa yang sama saya buat tiga pekerjaan, bisnes dan sebagainya,” ujarnya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita ini dan apapun jenis dan bidang pekerjaan tidak sepatutnya menjadi isu asalkan ianya tidak melanggar undang-undang.
Nurul Nazifah kini bekerja di SMK Gudang Rasau dan waktu kerjanya adalah 8 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali Ahad, dan dia ditugaskan mengawal pintu pagar hadapan dan memeriksa suhu guru yang masuk ke kawasan sekolah.
“Tugasan di sekolah kini tidak begitu berat kerana pelajar belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Akan datang mungkin lebih mencabar terutama apabila pelajar kembali memulakan sesi persekolahan.”
“Apa pun, saya bersyukur kerana ada pekerjaan ketika ramai dibuang kerja akibat pandemik ” ujarnya.